saeng amat bersetuju dengan pandangan blogger ni tentang kawan..
September 16, 2008
K A W A N

Apakah erti persahabatan? kawan? teman? Sahabat? Perkara yang kita lalui selama ini sangat kompleks. Kompleks kerana pelbagai ragam dan jenis sahabat yang boleh kita temui,melainkan kita bersikap katak di bawah tempurung. Apa reason saya menulis atau ingin membincangkan topik ini? Pasti ada! Dalam dunia ini terdapat pelbagai kategori yang membawa peribadi atau nilai yang berbeza.
1. Kawan untuk kesenangan. Mereka ini perlu dielak,atau di tegur. Inilah bentuk persahabatn yang wujud di kalangan belia muda zaman sekarang. Mereka hanya mahu berkawan sekiranya ada manis, madu, kesihatan. Mereka ini jenis pengampu ataupun 'boot licker'. Sebagai contoh, mereka akan memanggil kita 'friend', 'bro', 'member', dan pelbagai lagi gelaran sekirannya memerlukan bantuan dan bentuk apa sekalipun. Tetapi setelah mereka mendapat apa yang dimahukan,perkara seharian akan berlaku dimana mereka akan melintasi tanpa memaling muka kepada kamu pun. Mereka tidak semesra sebelum mereka memerlukan bantuan kamu. Elak dari berkawan dengan jenis ini.
2. Kawan biasa. Perhubungan jenis ini adalah normal. Tetapi terdapat kebaikan dan keburukkan. Mereka ini akan sentiasa bersama kita sekiranya kita gembira,atau berada dalam keadaan yang baik. Mereka tidak mengampu,atau memuji-muji tetapi hanya berperangai seperti biasa. Tetapi mereka bukanlah teman kita dikala menangis. Kawan seperti ini tidak akan berkorban untuk kamu. Mereka akan berfikir sebelum menyertai kamu dalam apa-apa aktiviti. Mereka tidak akan membantu atau mengorbankan diri mereka sendiri demi kamu.
3. Kawan penikam dan pemakan. Elak daripada mereka! Mereka ini sangatlah jijik dan berperangai teruk. Mereka akan mengampu,memuji-muji,memberi segala pujian kepada kamu dan menanti saat dimana kamu tersilap atau leka,lalu ditikam olehnya. Mereka tidak akan membantu sekiranya kamu memerlukan bantuan. Mereka tidak akan menghargai apa yang kamu telah lakukan kepadanya. Dia membawa kamu ke tasik yang dalam,lalu membawa kamu berenang sedangkan kamu tidak pandai berenang. Dia berkata manis dengan berkata akan membanti sekiranya kamu lemas tetapi apabila itu berlaku,kamu akan dibiarkan lemas. Elak mereka!
4. Kawan sejati. Berkawanlah dengan mereka sesungguhnya mereka ini adalah anugerah Allah. Ketawa bersama, menangis bersama. Pahit manis sama-sama diharungi. Saling membantu sekiranya memerlukan,atau meghulur bantuan tanpa diminta. Nilai persahabatan ini sangat tinggi,tetapi bukanlah senang untuk mencari mereka yang sebaik ini kerana ia datang dari diri sendiri juga.
Pelbagai lagi jenis persahabatan yang wujud di dunia ini. Terpulang kepada kita untuk memilih,atau menjadi kawan jenis bagaimana. Pada pandangan saya, 90% itu datang daripada kita sendiri. Mengapa? Kamu tidak akan dianggap kawan sejati sekirannya kamu sendiri tidak melayan kawan sebaiknya. Kawan kamu mencurahkan segalanya kepada kamu tetapi kamu tidak menghargai,pastinya ia akan kecil hati lalu tidak akan menganggap kamu sahabat. Mahukah kawan kamu membantu kamu sekiranya kamu tidak membantu kawan kamu itu dikala ia memerlukan bantuan?
Hargailah nilai persahabatan---->karya IZAAN AZYAN
nilailah diri kita sendiri dengan bertanya di tahap manakah kita layak untuk digelar sebagai KAWAN..
---> saeng
No comments:
Post a Comment