Thursday, March 1, 2012

Komander Muda------->Komander Madya

Assalamualaikum Bloggers..

Alhamdulillah..pada tanggal 25 Februari 2012...aku telah dinaikkan pangkat dari Komander Muda ke Komander Madya UiTM Sabah.. setelah melalui sesi interview pada 23 Feb, sesi yang amat menggerunkan komander yang hadir temuduga,,Alhamdulillah, kami semua berjaya melepasinya...soalan yang dibagi pun bukan calang-calang soalan..lutut pun terketar-ketar... disini aku mau kongsi Komander UiTM Sabah yang naik pangkat...

1. KRK --> Komander Kanan Aziz Lai (yang ni memang..salutlah bro! sukan, pelajaran.. seimbang..Bakal TPM UiTM Sabah)
2. KM----> Komander Kanan Siti Nuraisyah Musneh (Komander Senior~~!! mantap!)
3. KM----> Komander Madya Ardy Azwin (Presiden Komander..aktif ni~~hebat lagi!)
4. KM----> Komander Madya Noorazilah Noorsalin (AKA saeng Echinang...sapalah diriku ini..aiseh!)
5. KRK--> Komander Muda Morrisho Saidi (Ini komander Batak ni..tengok muscle!)
6. KRK-->Komander Muda Norfadzila Patrick (Komander AKA Kakak PM..pwiitt! bgian Disiplin! )
7. KRK--> Komander Muda Suriani Ajat (Berdisiplin, keinginan belajar benda baru, sukan mantop!)
8. KRK---> Komander Muda Aliera (Low Profile, Humble, baik hati, sukan pun mantop!!)
9. KRK--> Komander Muda Andy Sukardy (nampak jak kurus, kalau berbasikal ni.. Johan terus!!)
10. KRK--> Komander Muda Nurdiyana Amirah (Komander Dekan tiap sem ni!)
11. KRK--> Komander Muda Nursyuhada Koo (Komander AKA kakak PM, menang pertandingan kawad 2x berturut2...!!)


Semua komander UiTM Sabah adalah terhebat.. Kualiti itu adalah yang paling penting.. sebab itulah proses kenaikan pangkat dijalankan dengan amat teliti..walaupun Komander lain tidak berpeluang naik pangkat..dimana kekosongan telah diisi bagi yang layak..tapi saya percaya...bukan saya seorang sahaja, seluruh warga kampus UITM percaya bahawa komander UiTM Sabah yang berpangkat KRM hinggalah KK mempunyai karisma dan kualiti masing masing.. Bukan itu sahaja, semangat kepimpinan yang dipamerkan akan diiktiraf oleh setiap insan yang berada di sekeliling..dan aku sendiri.. mengiktiraf bahawa Komander UiTM Sabah adalah Komander yang amat terbaik.. tidak kiralah batch 18, 19, 20, 21, dan22... kalau tidak percaya, BOLEHTRYTEST....jangan TRY lain sudahlah.. 


p/s: BATCH 23 AKAN DATANG...SOON!

Monday, January 2, 2012

Rusuhan UPSI- ADAM ADLI

Salam bloggers..

harini aku mau kupas sikit tentang Adam Adli..siapa beliau..??yang aku tau beliau adalah penuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris...and beliau adalah pelajar yang lantang menurunkan bendera PM sebab perlembagaan AUKU ditunda dan bukan dimansuhkan...ok..dalam situasi ni...memang kita akan judge terus si Adam ni kerna dia boleh dikatakan biadap sebab tidak menghormati Perdana Menteri sebagai insan yang mentadbir negara kita.. tapi sebelum tu, aku nak mention sini aku bukan ORANG UMNO OR PEMBANGKANG..aku cuma PENULIS BLOG... and then terbaru lagi beliau buat demonstrasi sehingga mencetuskan kejadian 'tumpah darah' antara pengikut demonstrasi tersebut....

Mengikut Pandangan Aku...

aku tidak tahu sangat pasal perlembagaan ni sebab aku pelajar pelancongan...tapi apa yang aku boleh ulas sini setiap perkara itu berat atau tidak....bermusyawarah lagi afdal...kesabaran itu penting...cuba ambil contoh, misalnya AUKU dimansuhkan, dan pelajar akan diberikan hak bersuara...dan menggunakan rusuhan jalanan sebagai perantara untuk mendapatkan sesuatu...adakah itu boleh dikatakan berjaya..??adakah kita sudah bersedia meramalkan tentang apa yang akan terjadi selepas AUKU dimansuhkan..??siapa mau jadi tok bomoh nak meramal..?? memang patut dipuji semangat Adam sebagai seorang yang sangat berani...tetapi, kita harus fikirkan jugak tentang sebab dan akibatnya...suruhanjaya sudah didirikan..pandangan antara mahasiswa sedang diusahakan..jadi..??mengapa perlu rusuhan jalanan..??takkan bila kita dah benci seorang pemimpin tu, kita lupa akan kemakmuran yang ada..??Berapa ramai yang terjejas disebabkan setiap satu rusuhan?? setiap perkara ada undang-undang..negara kita mempunyai sistem pelajaran yang terbaik sehingga melahirkan graduan undang-undang yang mantap dan cemerlang belaka... jadi kenapa kita tidak menggunakan saluran yang ada untuk satu perkara..?? 

Bukan itu sahaja, untuk menjadi khalifah di muka bumi ini, perkara pertama yang harus kita lakukan adalah menjadi khalifah untuk diri sendiri...selepas itu, barulah kita buat keputusan sama ada kita hendak memimpin orang lain atau tidak..aku tidak mention Adam Adli salah, tapi aku tidak cakap jugak beliau betul.. cuma, setiap apa yang kita lakukan tu, kita hendaklah berfikir dengan sedalam dalamnya... apakah akibatnya dengan manusia sekeliling..?? namun aku pasti, sebelum Adam melakukan perkara tersebut, beliau telah berfikir semasak-masaknya..dan beliau harus hadapi apa juga tentangan dan cabaran yang beliau perjuangkan.. dan aku nak petik sikit ayat dalam Blog Amar Al-Bakhtiar, let's the evidence speak....

Sunday, January 1, 2012

FLASHBACK 2011 CONT...

Salam Bloggers...

Bila mengenangkan 2011...macam-macam yang berlaku...seperti...

1. Percintaan yang On/Off dan akhirnya Off jugak.... dan kini bersama yang baru dan bahagia~~ weeee!
2. Kematian Arwah Datuk
3. Kematian Arwah mackcikku (tiga bulan selepas pemergian datuk)
4. Mama masuk hospital gara-gara sakit jantung dan darah tinggi.. (Alhamdulillah sihat walafiat jugak)
5. Mendaki Gunung TrusMadi XPDC 111111
6. Berjaya menghabiskan Diploma
7. Memperoleh pendapatan melalui titik peluh sendiri (tiap2 tahun pun ada ni..saja flashback..hahaha)
8. Time puasa, berjaya menguruskan badan, namun kemudian BLUP balik..haiyaaa (bahagia katakan!)
9. Menempuh banjir setinggi 2 meter menggunakan myviku! (Alhamdulillah selamat)
10. Pergi tawau buat pertama kali!!! wow!! jumpa famili ameira!! love them so much! (my 2nd family)
11. Sambut hari jadi seorang diri~~hhhmmmm (22/10)
12. Abang tamat pengajian Konvokesyen!! Alhamdulillah
13. Praktikal di Sipadan Dive Centre @ Pulau Tiga
14. Dihadiahkan Jam sempena hari jadi dari yang tersayang
15. cont....

FLASHBACK 2011

Salam bloggers...

harini, 01/01/2012.....hhmmm..sebenarnya agak sedih jugaklah untuk permulaan hariku pada hari ini... entah macam mana mau cakap...hhhmm...sedih..amat sedih..kenapa..??sebab aku telah menyebabkan kematian seekor anak kucing warna putih hitam pada jam lebih kurang jam3 petang... ceritanya begini...

aku baru habis kerja bantu kakak aku buat kuih popiah di rumah kakakku.. Taman Seri Maju... jadi aku kira mau singgah UiTM..jadi selepas menuruni tangga 4 tingkat..aku pun sampailah ke keretaku..aku tengok, ada anak kucing hitam...dekat sangat dengan keretaku...kira dalam perumahan tu, memang banyak kucing,...siap aku main lagi sekejap dengan kucing tu...and then..aku angkat anak kucing tu, dan letak ke tepi...biar jauh sikit dari keretaku supaya ndak berlaku kejadian yang tidak diingini.. aku pun masuk kereta...lepas tu, untuk kepastian lagi..aku cek balik keliling keretaku dan bawah keretaku..ok.. semuanya CLEAR...no problem.. aku pun start enjin kereta dan keretaku mula bergerak perlahan...

Tidak lama kemudian....selang 5 saat, aku terasa keretaku macam terpijak sesuatu di bahagian tayar... jantungku berdegup kencang...teramat kencang sebab aku risau kalau-kalau ada kucing lagi di bawah keretaku... Masya Allah....rupa rupanya..masih ada kucing di bawah keretaku dan itu pun anak kucing warna hitam putih terpijak tayar keretaku..aku pun terkedu yang amat sangat..aku nampak mata anak kucing tu terbeliak lagi keluar...Astaghfirullah..apalah yang telah aku lakukan...aku pun bawa anak kucing tu masuk dalam kereta dan langsung ke UiTM untuk aku kebumikan....sedih yang teramat sangat..sepangjang perjalanan, airmataku tidak berhenti mengalir...mengalir dengan sangat deras...masakan tidak.. anak kucing tu jadi mangsa keretaku..walaupun aku sudah terlalu berhati-hati... memang time tu.. aku ndak tau mau cakap apa lagi.yang hanya mampu aku lakukan, kebumikan bangkai kucing tersebut dengan selamat....kemudian, dalam kekalutan tu, aku kol ameira....aku ndak tau mau buat apa...hanya dialah yang jadi penenang hatiku walaupun hakikatnya....TIDAK TENANG....

Setelah sampai ke UiTM...aku pun segera mendapatkan ameira..kami pun menguburkan anak kucing tersebut  berdekatan dengan tangki hostel kluster A....sesungguhnya aku hanya mampu meminta maaf dan berdoa agar hatiku tenang dan begitu juga dengan anak kucing tersebut...demi Allah, aku tidak sengaja melakukannya... 

itulah kisahku pada 01/01/12.....permulaan yang sedih....bersambung flashback 2011....

Wednesday, May 4, 2011

Apa yang Menantiku,....


Salam bloggers......lamanya sudah nda update....waaaaahhhhh.....banyak idea ni...tp sebelum tu terimalah sedikit sebanyak puisi sempena aktif balik blogging..hehe


yang hijau itu indah...
ku panggilnya pepokok dan dedaun...
yang biru itu lembut...
ku panggilnya langit dan lautan...
digelarnya manusia itu serba sempurna...
namun pasti ada cacat celanya...
dikhabarkan berita itu baik...
namun pasti ada buruknya...

jika tiba masanya...
ku tinggalkan apa yang dinamakan indah...
ku melepaskan apa yang dipanggil kelembutan..
ku pergi tanpa insan menjadi peneman...
hanya aku seorang...

andai aku sudah tiada...
maaf aku titipkan...
kasih sayang biar dikenangkan...
kesatlah tangisan wahai insan..
dampingiku dengan bacaan yassin dan ayat Al-Quran...

disana nanti...
balasan menanti untukku...
jika didunia ku khabarkan yang baik...
akan terang benderanglah kiri kananku...
jika didunia ku sebarkan khabar yang buruk...
gelap gelitalah yang menungguku...


p/s= are you prepare enough??


Friday, February 4, 2011

Sayur Peria VS Komander Saeng

salam bloggers...
untuk masa ni aku mau cerita pasal aku dengan sayur peria....

begini ceritanya...
pada minggu yang leeeeeeeeeeeeeepaaaaaaaassssss, kira 3 minggula tu...aku telah dicabar oleh yayangku, Ameira untuk makan sayur peria satu kontena aiskrim tu..kalau aku dapat habiskan, rewardnya RM700... AGAK LUMAYAN jugakla....so, malam tu, yayangku berabis mengira duitnya sampai RM700.. aku konon dengan bangganya sambil ketawa jahat menyahut cabaran makan sayur peria tu...malam tu, aku memang nda bole tido baa..apa nda, sebelum aku tido, aku google internet dulu mau cari amacam sayur peria punya kes ni... hhhmmmm.....sekali aku google, punyaaa sandiiii....kenyataan di internet tu berbunyi begini...' PAHIT GILERR SAYUR PERIAA NI...!!!'dan aku pun agak kecut disana yaaa....memang susah aku mau tido malam tu sehinggalah aku menatap satu kontena sayur peria dimataku...

aku ni bukanlah jenis vegetarian baaa...makan jugak sayur, tapi paling2 pun terung bakar cecah belacan... perrggghhhhh!!sedap gilakk!!cewaaahhh..yang tu jak aku sanggup makan..kalau sayur lain, ndakla aku tau baa...ok...kita teruskan dengan kes peria ni...semalam,3 february adalah tarikh untuk cabaran peria tu... aku pun dengan motivasi yang tinggi habis mau kasi kasi habis makan terus sayur peria tu....sebelum makan sayur tu, aku muntah dua kali...bukan apa..aku tekejut baa tengok sayur peria banyak betul mau dimakan.. nda pernah seumur hidupku baaa..memang sandilaaa...

setelah semangatnya aku masak sayur tu, aku pun menghadap TV dengan wangian pahit sayur tu yang membuatkan aku loyaa...nasib baiklah aku ni kreatif sikit....aku ambik sipit kain di jemuran...aku sipit hidungku supaya aku ndak terhidu bau peria yang pahit tu...satu persatu peria aku makan dalam satu nafas... ertinya 1 peria nisbahnya satu nafas....naaaa...cuba korang imagine kalau begitu banyak peria dimakan, berapa nafas aku perlu???dan akhirnya...semangat motivasi aku makin kurang kerana kepahitan peria yang aku memang ndak boleh tahan sudah...yayangku bagi masa sampai jam5..mesti kasi habis semua peria tu... belum sampai jam12, aku sudah surrender...ndak aku tahan owh...bagilah aku makan sayur lain, janganlah lagi peria baa....yayangku pun berabis baa pujuk aku supaya makan peria tu...aku memang down habis sudah tym tu...apa nda, cuba korang bayangkan HARIMAU MAKAN SAYUR??errrrrhhhhhhhh~~~!!!

dan keputusannya..aku kalah dalam cabaran periaaa..kuang kuang kuang....moral of the story...
P/S : UNTUK MENDAPAT APA YANG KITA MAHU, MEMANG SUSAH..MEMANG SANDI.. SEPAHIT2 PERIA, PAHIT LAGI NANTI APA YANG AKAN KITA JALANKAN DALAM HIDUP KITA...TAPI KEPAHITAN ITU YANG MENGAJAR KITA ERTI HIDUP,,,,SEPERTI PERIA, WALAUPUN PAHIT, BANYAK KHASIATNYA...RM700 HANYALAH GANJARAN, TAPI KENIKMATAN SEBENAR ADA DALAM PENGAJARAN SEPANJANG KEHIDUPAN... DALAM KES NI, YAYANGKU BANYAK MENGAJAR AKU APA ERTI HIDUP, PERSAHABATAN DAN KASIH SAYANG....AND I ADMIT, SHE IS MY MOTIVATOR.....

sayur peria yang belum masak..baru habis potong...


sayur peria dimasak dengan ikan masin...walaupun banyak garam aku letak, tetap pahit ba...

RM700 yang melepas....
me and nurhamidah




Sunday, January 9, 2011

Doraemon Vs Transformer

Salam bloggers...
untuk kali ini aku mau cerita pasal aku sebagai hosteller yang memang full time..trying to avoid part time hosteller lagi..untuk minggu yang pertama, aku berjaya melaluinya dengan jaya dan CEMERLANG..aku tangkis segala hasutan untuk balik rumah eventhough aku selalu demam ingatkan bapa aku...tapi, saeng please stop jadi manja!!dan itulah yang aku sedang lakukan sekarang...

Untuk semester ni, biarlah aku kurangkan menyusahkan parents aku...kalaulah ada tempat parking kereta istimewa khas untuk aku di uitm ni, aku parking babyku supaya ndakla jugak aku berjauhan..babyku semakin ndak terurus sudah di rumah tu...sedih pun ada bah....

My roomate is my Doraemon @ Nurhamidah Andi Kaharuddin....aku panggil roomateku ni si yayang... totally, aku memang dan teramat manja dengan roomateku yang penyayang ni...yang bestnya, si yayang ni  kira macam fanatik dengan doraemon, and aku fanatik dengan transformer.. memang aku minat habis dengan transformer ni... jadi ada satu malam, kami dengan bangganya melekatkan stiker doraemon dan transformer dalam bilik..aku ni pun mengambil risikolah lekatkan satu stiker doraemon dan transformer depan pintu bilik..punyalah aku happy malam tu...jadi keesokan harinya, dengan perasaan yang berbunga mau ke kelas, aku pun sempat jugak sampaikan salam dengan stiker depan pintu tu.. jadi, bila dah habis kelas,, aku ni pun masih lagi dengan perasaan berbunga2 balik hostel...tapi malangnya..stiker kami kena cabut unit kolej..kurang asam! agak sedih jugakla sikit...tapi yang penting, dalam bilik masih lagi ada stiker doraemon dan transformer...



Pada semester ni, berita baiknya dengan secara rasminya aku telah dilantik untuk menjadi CC padang kawad..insyaAllah aku akan gunakan peluang ni untk menimba ilmu sebanyak yang mungkin...bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab tersebut, tapi itulah yang menjadikan kita manusia yang lebih bermanfaat di Bumi Allah...