Monday, January 2, 2012

Rusuhan UPSI- ADAM ADLI

Salam bloggers..

harini aku mau kupas sikit tentang Adam Adli..siapa beliau..??yang aku tau beliau adalah penuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris...and beliau adalah pelajar yang lantang menurunkan bendera PM sebab perlembagaan AUKU ditunda dan bukan dimansuhkan...ok..dalam situasi ni...memang kita akan judge terus si Adam ni kerna dia boleh dikatakan biadap sebab tidak menghormati Perdana Menteri sebagai insan yang mentadbir negara kita.. tapi sebelum tu, aku nak mention sini aku bukan ORANG UMNO OR PEMBANGKANG..aku cuma PENULIS BLOG... and then terbaru lagi beliau buat demonstrasi sehingga mencetuskan kejadian 'tumpah darah' antara pengikut demonstrasi tersebut....

Mengikut Pandangan Aku...

aku tidak tahu sangat pasal perlembagaan ni sebab aku pelajar pelancongan...tapi apa yang aku boleh ulas sini setiap perkara itu berat atau tidak....bermusyawarah lagi afdal...kesabaran itu penting...cuba ambil contoh, misalnya AUKU dimansuhkan, dan pelajar akan diberikan hak bersuara...dan menggunakan rusuhan jalanan sebagai perantara untuk mendapatkan sesuatu...adakah itu boleh dikatakan berjaya..??adakah kita sudah bersedia meramalkan tentang apa yang akan terjadi selepas AUKU dimansuhkan..??siapa mau jadi tok bomoh nak meramal..?? memang patut dipuji semangat Adam sebagai seorang yang sangat berani...tetapi, kita harus fikirkan jugak tentang sebab dan akibatnya...suruhanjaya sudah didirikan..pandangan antara mahasiswa sedang diusahakan..jadi..??mengapa perlu rusuhan jalanan..??takkan bila kita dah benci seorang pemimpin tu, kita lupa akan kemakmuran yang ada..??Berapa ramai yang terjejas disebabkan setiap satu rusuhan?? setiap perkara ada undang-undang..negara kita mempunyai sistem pelajaran yang terbaik sehingga melahirkan graduan undang-undang yang mantap dan cemerlang belaka... jadi kenapa kita tidak menggunakan saluran yang ada untuk satu perkara..?? 

Bukan itu sahaja, untuk menjadi khalifah di muka bumi ini, perkara pertama yang harus kita lakukan adalah menjadi khalifah untuk diri sendiri...selepas itu, barulah kita buat keputusan sama ada kita hendak memimpin orang lain atau tidak..aku tidak mention Adam Adli salah, tapi aku tidak cakap jugak beliau betul.. cuma, setiap apa yang kita lakukan tu, kita hendaklah berfikir dengan sedalam dalamnya... apakah akibatnya dengan manusia sekeliling..?? namun aku pasti, sebelum Adam melakukan perkara tersebut, beliau telah berfikir semasak-masaknya..dan beliau harus hadapi apa juga tentangan dan cabaran yang beliau perjuangkan.. dan aku nak petik sikit ayat dalam Blog Amar Al-Bakhtiar, let's the evidence speak....

No comments:

Post a Comment