Sunday, August 29, 2010

kawan lagika juga tu?

aku sendiri pun ndak taula kenapa minah ni...apa masalah dia lagi dengan aku..aku sudah sabar and berdiam ndak mau cari gaduh..dia ni macam mau jadi mangsa pelempang ni satu hari...apa juga masalahnya sampai cakap aku mau buruk-burukkan dia..??dia ndak sedar diri ka..??dia burukkan aku di facebook and cakap yang bukan-bukan pasal aku..bawa kawan2nya bermusuh dengan aku..lepas itu dia cakap lagi aku buruk2kan dia..?? apa hal?bila masa..??beginilaaa..kau yang post bukan2 pasal aku di facebook kau, AKU DIAM...kau hina and maki aku yang bukan di facebook kau..AKU DIAM...kau cerita keburukanku semua sama kawan2 kau..AKU DIAM...tapi SEKARANG KAU MAU FITNAH AKU YANG AKU CAKAP BUKAN2 PASAL KAU..?? kau ingat aku diam selama ni aku takut..??kesabaranku ada batas baa...KAU CEK HISTORY FACEBOOK AKU KALAU ADA MAKI KAU,HINA KAU AND KUTUK KAU..ITUPUN KALAU ADA..takkan sebab kau terasa dengan facebook orang lain kau terus tuduh aku..??mana otak kau ni..??
kalau ikutkan akalku yang kurang waras, AKU CERITA KEBURUKAN KAU DENGAN SEMUA ORANG SUPAYA DORANG TAU KAU NI MACAM MANA...AKU BALAS BALIK APA YANG KAU MAKI AKU DI FACEBOOK..AKU BAWA KAWAN2 KOMANDER BENCI KAU..MUSUH KAU...tapi...ADA AKU BUAT SEMUA TU..??
SEKARANG SIAPA YANG TIDAK MATANG..?? AKU ATAU KAU..??KAU PIKIRLAAA SIKIT...KALAU BETULLAH KAU BENCI AKU, KAU HARGAI SIKIT BA PENGORBANANKU SELAMA NI..NI NDAK, MACAM MELEPASKAN ANJING TERSEPIT..SUDAH TERLEPAS,KITA DIGIGIT BALIK....


minta maaflah..tapi pepatah tu memang sesuai sekali dengan kau...aku sudah banyak berdiam dari itu hari... jangan ingat kau tua dari aku,aku takut dengan kau..aku cuma berdiam sebab tidak mau masalah.. JANGAN KAU CUBA TIMBULKAN MASALAH..KAU TERUSKAN JAKLAAA KEHIDUPAN KAU TU.. UNTUK CERITA KEBURUKAN KAU DENGAN ORANG LAIN MEMBUANG MASAKU JAK.. KALAU KAU TERASA DENGAN FACEBOOK ORANG LAIN, KAU FIKIRLAH KENAPA KAU HARUS TERASA..BUKAN TERUS MENUDUH...GUNA AKAL BA..AKU BUKANNYA KAWAN YANG MAKAN BEKAS KAWAN...

ASSALAMUALAIKUM...

Friday, August 27, 2010

setelah sekian lama baru kau muncul






HELLLOOOOOO~~my eyes have healed, but I have a problem nearsighted again. I no longer wear glasses ... but since a few months , my eyes dim again .. nda mau pakai cermin mata lagiiiiiiiii~~~

Monday, August 23, 2010

Salam Ramadhan kembali

hhhmmm...Alhamdulillah..jika difikirkan kembali..rupa-rupanya apa yang berlaku antara aku dengan yang lain selama ni banyak hikmahnya..yang pertama aku belajar untuk bermuhasabah diri..aku kembali merenung segala kesilapanku dan kelakuanku...manusia mana yang tidak melakukan kesilapan..dan atas kesilapan itu juga aku dikenali sebagai manusia...memang lumrah..dan aku menyesali segala kesilapanku...itu adalah kesilapanku..tapi bukan semua manusia adalah silap 100% kan...dan bukan semua kesalahan yang aku lakukan diletakkan atas bahuku semata2...dan dari kesilapan itu, Allah membuka mataku tentang siapa yang patut ku dekati dan ku letakkan dalam hidupku untuk bergelar kawan dan siapa yang patut aku jauhi..itu adalah hikmah yang paling terbesar dalam hidupku...dan pada saat ini, cukuplah ada beberapa kawan yang sememangnya dari dulu hingga kini ku angkat sebagai kawan yang sememangnya jika kehilangan mereka, aku kehilangan separuh daripada hidupku...

Allah membuka mataku agar di masa akan datang, aku akan lebih berpada2 dalam mengeratkan silaturrahim...munkin salahku kerana terlalu menyayangi dan mempercayai mereka, dan mungkin salahku kerana memanjakan mereka...sehingga untuk menerjah dan memaki pun aku tidak sanggup kerana rasa kasihku yang mendalam untuk mereka..tapi saat aku susah, disanalah aku lihat betapa hebatnya tembelang mereka...hancur luluh hatiku..sehingga untuk menatap wajah mereka pun aku tidak sanggup kerana perasaan sebak yang terlalu kuat dalam hatiku..aku gagahkan diri setiap hari untuk melepaskan diri daripada bayang-bayang mereka...hanya Allah yang tahu perasaan hatiku.. jika selama ini kesalahan yang aku lakukan seteruk manusia bertopengkan syaitan..layaklah aku menerima segala hinaan..tapi...aku terlalu berdiam diri untuk mengelakkan perkara menjadi lebih teruk...namun, ibarat manusia yang tidak mengenang budi...segala apa yang aku lakukan selama ni ibarat tin kosong bagi mereka.. bukan aku ingin mengungkit, tapi aku juga manusia biasa...walaupun aku seorang komander, tapi hatiku bukannya hati batu...keras..aku juga ada hati dan perasaan...Alhamdulillah...Allah mengurniakan aku sahabat sejati yang sentiasa ada disisiku sepanjang aku susah dan senang..yang sentiasa menerima aku seadanya.. ternyata aku begitu menyayanginya sehinggakan untuk kehilangannya sahabat sejati untuk kali kedua aku sudah tidak sanggup..inilah hidup...walaupun kejam, tetap ada penawarnya..yaaaa....tapi, bukan mudah untuk menjatuhkan aku...mereka silap jika aku ni manusia yang cepat jatuh jika dijentik...SILAP... dan aku bukanlah jenis yang tunjukkan kelemahanku dengan orang lain..

sesungguhnya aku minta maaf jika selama kita pernah bergelar kawan, aku pernah dan telah menyakiti hati korang...tapi, aku akan tetap berdiam walaupun kamu menyakiti hatiku dan perasaanku sebab KAMU PERNAH MENJADI KAWANKU...

kini, segala perasaan hormat dan kasih sayangku telah hilang.. aku pinta kepada Allah untuk memberikan aku ketenangan, dan Alhamdulillah..aku mendapat ketenangan itu setelah aku bukan lagi kawan kamu..itulah nikmat dan hikmah terbesar yang aku dapat...dan aku amat bersyukur...aku takkan membalas segala makian yang pernah kamu lontarkan kepadaku...kerna itu adalah tindakan atas kebodohan kamu sendiri...dan aku juga tidak akan berdendam...cukuplah aku tahu bahawa kamu bukanlah kawan yang sesuai untukku..kerana aku tidak layak untuk bergelar kawan kepada anak seorang jutawan atau hartawan...aku tidak perlukan seribu kawan jika semuanya menyakitkan hati,,cukup seorang yang boleh membimbing dan faham segala deritaku...sekali lagi, maafkan segala perbuatan yang pernah aku lakukan dan berbahagialah dengan kawan yang kaya dengan pujian...sehinggalah kau tenggelam dengan kealpaan, jangan lagi dicari tebing yang jadi cengkaman...

kepada insan yang PERNAH KU PANGGIL KAWAN
jika aku ditanya sama ada kawan atau kereta...
aku akan pilih keretaku...kenapa?
jika aku meluah kepada kawanku, pasti rahsiaku bocor...
jika aku meluah kepada keretaku, hanya senyap dan mendengar luahanku tanpa keluhan..
jika aku marah kepada kawanku, pasti mereka akan mengherdik dan mencaciku...
jika aku marah kepada keretaku, hanya senyap dan terus berjalan di atas jalan raya..
jika aku sakit dan memberitahu kawanku..pasti aku tidak akan dilayan dan dimaki...
jika aku sakit, keretaku akan memberi ketenangan kepadaku dengan memainkan lagu yang menenangkan..
jika aku bersedih, kawanku lari..
jika aku bersedih, keretaku akan meluncur laju round satu bandar kk tanpa jemu sehinggalah kesedihan ku hilang...
jika aku sudah tiada...kawanku akan mentertawakan aku dan siap menyumpahiku mati cepat...
jika aku sudah tiada..keretaku pun mungkin sudah tiada..kerna saatku gembira, sedih, dan marah aku hanya luangkan dengan keretaku dan aku pasrah jika ajalku bersama dengan keretaku.... bergembiralah kepada 'kawanku'......

Sunday, August 22, 2010

JAHILNYA MANUSIA

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvjG5OS1qyd-O2np3AUbHC4AW9H-joU13mOTcGqOT1vnv3o1rhWslMb_e9rrtoIBIGp1-EST1uCAkIN-Rfv5MdV1ghCibPmwyiWtqFZGVnBcEhWA6fhVpGwKAh3o-eatryBeP4WleSsA/s1600/salehhanjing1.jpg

silalah klik link di atas yang aku dapat dari blog kawan...entahlah dia ni jenis manusia yang macamana.. samada dia islam ataupun tidak, Allahualam..tapi kita boleh lihat perbuatannya dari banyak sudut...
ingat lagi tentang tanda2 kiamat..??ini mungkin adalah salah satu daripadanya..kemungkinan si empunya facebook tu islam, tapi kurang didikan agama..itu memang jelas kenampakan...kita imbas sejarah islam dahulu dimana orang jahiliah saling berbunuhan antara satu sama lain sebelum kedatangan agama islam... menurut pada pandanganku, si empunya facebook ni seorang manusia yang jahil dari semua sudut agama islam..tidak tahu akan hukum, tidak tahu akan hari pembalasan...tapi yang menghairankan..jika dia tidak percaya dengan agama islam, kenapa harus percaya dengan hari kiamat..??dimana empunya facebook ni menetapkan bahawa hari kiamat untuk 'agamanya' adalah 2015...semua penganutnya akan bunuh diri beramai2 di mall...seorang manusia yang berfikiran cetek dan aku menyebutnya sebagai manusia yang BODOH..yaaaa..jahil=BODOH..kalau berani,sahutlah cabaranku agar menuntut agama islam selama sebulan di satu sekolah agama yang disiplinnya tinggi..kita tengok macamana...and, kitab yang bakal kau draft tu nanti mau namakan apa..??salleh asam gelugor??harus kau ingat, undang2 yang dibuat manusia zaman sekarang pun banyak yang menghadapi masalah, apa lagi kau..??baliklah kepada jalan Allah... tiada guna kau mau bangkitkan seluruh kemarahan umat islam di dunia ni...

itu pandangan yang pertama..pandangan yang kedua..
kemungkinan besar jugaklah fb yang dibuat tu adalah dari orang kafir untuk menyesatkan umat islam dengan menggunakan nama islam..iaitu Salleh...umat islam yang membaca komen2 si asam gelugor tu dengan kawannya yang lain cepat2lah beristighfar..perilakunya seperti dajjal yang menyebarkan fitnah kepada umat islam..sama2lah kita renungkan sebanyak mana pahala dan dosa kita..di bulan ramadhan ni, tadah tangan kepada Allah minta ampun atas segala dosa2 yang kita lakukan..sesungguhnya Allah maha pengampun lagi Maha Mengasihani hambanya...InsyaAllah, jika memperbanyakkan amal ibadah...akan tenang hidup kita...

TANDA-TANDA HAMPIR KIAMAT

Hadis yang dikumpulkan oleh Syeikh Othman Jalaluddin di dalam kitabnya Ad Darratun Naafi'aah Fil Asy Raat As Saa'aah dan dikumpulkan oleh Al 'Allamah Mufti Brunei, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama, Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz dalam kumpulan fatwanya bilangan 30 menceritakan beberapa peristiwa TANDA TANDA KIAMAT, di antaranya :

1. Lahir binatang berekor yang menerangi pihak timur - kemungkinan Komet Helly

2. Qur'an diangkat daripada dada (tidak ada orang menghafal Quran), Quran dilagu - lagukan dan dipertandingkantetapi tidak dilaksanakan pengajarannya. Al-Quran ditulis cantik dan dijadikan hiasan dinding.

3. Banyak orang berhutang di bank dengan menggunakan riba'

4. Kemelesetan ekonomi. Perniagaan rugi.

5. Cukai ditinggikan.

6. Banyak berlaku homoseks dan lesbian.


7. Timbul penyakit ganjil timbul dari hubungan seks haram seperti Siplis, Aids da lain - lain.

8. Orang perempuan tidak mahu beranak banyak dan merekamengguna alat perancang keluarga.

9. Orang Islam kutuk mengutuk sesama Islam. <----(salleh asam gelugor)

10. Masjid dibina indah dan mahal - mahal tetapi tidak banyak ahli jema'ah dan tidak dijadikan sebagai pusat gerakanIslam.

11. Perempuan mengatasi lelaki dari segi jumlah, peranan,menguasai rumah tangga (Queen Control), menguasai jawatan dan lain-lain lagi.

12. Banyak berlaku gempa bumi.

13. Banyak berlaku peperangan di serata ceruk muka bumi.

14. Lahir kumpulan penyanyi macam orang gila (rock), kumpulan punk dan lain - lain.

15. Banyak berlaku rasuah.

16. Lahir kumpulan mengkritik Hadis Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam.

17. Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.

18. Hubungan keluarga pecah belah (anak durhaka ibu bapa,isteri tidak taat suami, suami menganiaya isteri di jadikan pelacur dan sebagainya )

19. Pembunuhan secara aniaya berlaku secara terang - terangan tanpa pembelaan seperti di kem tahanan Sabra danSyatila; dan di Bosnia)

20. Salam cuma diucapkan kepada orang yang dikenali sahaja.



Peristiwa - peristiwa di atas ialah tanda - tanda pertengahan menjelang tanda - tanda Kiamat yang besar (Kiamat Kubra). Tanda - tanda Kiamat Kubra diriwayatkan lagi bahawa berlaku beberapa peristiwa iaitu:

1. Sembahyang ditinggalkan.

2. Banyak bangunan tinggi mencakar langit.

3. Orang jahat jadi pemimpin.

4. Tidak amanah dan zalim.

5. Penzinaan berleluasa dan dijadikan sumber hidup.

6. Perkara haram dihalalkan.

7. Umat Islam banyak yang tersesat dan terkeluar dariaqudah Ahlussunnah Waljama'ah.

8. Ulama' menjual agama kerana kepentingan dunia.

9. Orang khianat diberi amanah dan orang amanah diketepikan.

10. Alat muzik yang haram dimainkan oleh orang Islam.

11. Arak jadi minuman seharian (rasmi).

daripada:http://permai1.tripod.com/tanda.html


JIKA ADA DI ANTARA KITA YANG PERNAH MELAKUKAN PERKARA SEPERTI DI ATAS, INSAFLAH..RAMADHAN ADALAH BULAN YANG PENUH DENGAN KEMULIAAN DAN NIKMAT YANG BERLIPAT KALI GANDA..SEPERTI MANA SEMANGATNYA MANUSIA DATANGNYA MUSIM BOLA, SEMUA IKUTI PERKEMBANGAN BOLA..DAN SEGALANYA TENTANG BOLA....TANAMKANLAH SEMANGAT ITU UNTUK PRAKTIKKANNYA DI BULAN RAMADHAN..TIDAK SIA-SIA..
 
JIKA SANGGUP TIDAK TIDUR UNTUK BOLA, APA SALAHYA TIDAK TIDUR UNTUK BERZIKIR KEPADA ALLAH...JIKA SANGGUP BERBELANJA SAKAN UNTUK BOLA, APA SALAHNYA MEMBERI SEDEKAH UNTUK ORANG FAKIR MISKIN.. JIKA SANGGUP TIDAK MAKAN DAN TIDAK MINUM SEMATA2 UNTUK BOLA, APA SALAHNYA BERPUASA DI BULAN RAMADHAN..KENAPA HARUS DIRAIKAN MUSIM BOLA YANG BANYAK DOSA??
DAN KENAPA TIDAK RAMADHAN YANG DATANG DISAMBUT SUNYI SEDANGKAN BANYAK PAHALA??
 
INGATLAH, ALLAH MELIPAT GANDAKAN PAHALA DAN AMALAN DI BULAN PUASA..
PUASA BUKANLAH SEKADAR MENAHAN LAPAR DAN DAHAGA, JUGA NAFSU DAN AKAL FIKIRAN SEKALI...
 
NASIHAT DITUJUKAN KHAS UNTUK DIRIKU SENDIRI...KEPADA TEMAN2 YANG LAIN, AMBIL IKTIBAR DALAM SEGALA HAL BURUK YANG TERJADI..JADIKAN PEGANGAN DALAM SEGALA HAL BAIK YANG BERLAKU..PASTIKAN KITA DI LANDASAN YANG BENAR...

Friday, August 20, 2010

BLOG SEORANG PEMIMPIN

Apabila Allah SWT menghendaki kebaikan bagi suatu kaum maka dijadikan pemimpin mereka orang-orang yang bijaksana dan dijadikan ulama mereka menangani hukum. Juga Allah SWT jadikan harta benda di tangan orang yang dermawan.

Namun, jika Allah SWT menghendaki keburukan bagi suatu kaum, maka Dia menjadikan pemimpin mereka orang yang berakhlak rendah. Dijadikan-Nya orang-orang dungu yang menangani hukum dan harta berada di tangan orang kikir. (Hadis riwayat al-Dailami).

KENAPA MESTI BLOG SEORANG PEMIMPIN..??
manusia adalah pemimpin..pemimpin kepada keluarga, rakan2 dan diri mereka sendiri.. aku adalah pemimpin kepada kehidupanku sendiri...aku memimpin diriku agar berhati2 dalam menjalani kehidupan..kadang2 aku rasa gagal untuk menjadi seorang pemimpin..tapi bila difikirkan balik, apa guna Allah jadikan manusia dengan dilimpahkan nikmat Akal dan fikiran...semangat dan keyakinan..jika digunakan dengan baik, insyaAllah..aku akan dapat jadi pemimpin yang baik untuk diriku sendiri..aku dengan rela hati memimpin kawan2 dan teman yang ingin dipimpin..kerana itulah lumrah manusia..tapi janganlah ikut hanyut ketika memimpin orang lain.. banyak dugaan dan cabaran..herdikan dan makian..segala nasihat akan dianggap sindiran..segala ucapan akan dianggap kutukan..itulah lumrah manusia...tidak ingin mengaku melakukan kesalahan sendiri...selalu menganggap dir mereka betul..dan aku tidak terkecuali kerana aku juga adalah insan yang lemah dan tidak sempurna..tapi bila dekatkan diri dengan Allah..kita akan jadi manusia yang luar biasa...insyaAllah...jadikanlah diri kita insan yang cukup amal dan bekal..jangan biarkan diri kita jadi bahan lawak dan bahan cacian...sentiasalah bersabar dalam hidup..sentiasa bertawakal kepada Allah..beribadahlah dengan bertunggakkan jalan Allah...aku akui..hidup tidak akan dapat terlepas daripada asam garam kehidupan... kuatkan pendirian anda..jika berdepan dengan masalah, hadapi dengan tenang...kerana jika anda gelabah, anda akan kelihatan bodoh dimata orang...kawal kemarahan..jika dilepaskan dan menjadi tontonan orang ramai, tidakkah anda rasa anda ditertwakan dan orang akan menilai pendirian anda..jika berdiam diri itu adalah satu jalan penyelesaian...maka lebih baik berdiam..insyaAllah akan menyelesaikan seribu masalah... janganlah cepat jatuh jika ada orang terus memaki anda dan mentertawakan ataupun mempersendakan anda, kerna mereka yang melakukan seperti itu belum tentu lagi sempurna akal fikiran, akhlak dan tingkah laku... tiada manusia yang sempurna di bumi Allah..tapi janganlah menganggap ketidaksempurnaan itu adalah satu beban dan pamerkan kepada orang lain..Allah jadikan manusia dengan keunikan sendiri..dengan cukup sifat.. maka gunakanlah dengan baik...walau macamana sulit sekali masalah, jika balik kepada Allah...insyaAllah, kita akan bertemu jalan keluar..jadi biarlah kita jadi PEMIMPIN, bukan BADUT dalam kehidupan sendiri...

Ramadhan

besok aku akan balik kudat berseorangan sekitar jam4 begitu...jadi mungkin malam nanti baru balik kk juga..seorang juga kali..rasa rindu sangat dengan kudat...malam ni berabis jugaklah buat assignment...but..i'm not feeling so well...aku kerap diserang serious chest pain kebelakangan ni...terus terang, aku jadi pelajar yang kurang produktif...hahahaha~nda mauuuu owwhhh jadi lemah..nda lama lagi exam..so masi lagi belum terlewat.. masa untuk belajar baru bermula..huahuahauahua...adaka sekarang baru start..cehhhhhh!!ndapa..masih belum terlewat...cara untuk belajar dengan berkesan adalah mesti selalu awake bila lectures bermula..amat penting.. and dengan cara tu jugakla pointerku masih balance...Alhamdulillah..jangan pegi kelas tapi fikiran melayang.. banyakkan latihan..yaa...itu yang aku lakukan sekarang...cewaaaaaaahhhhhh.....

guys..you want to know something...i born to be a leader....and tiada benda pun yang akan dapat jatuhkan aku jika Allah tetap di dalam hatiku...selagi hidup dan matiku bertuhankan Allah..selagi itu aku hidup dengan nafas seorang pemimpin....

AWAS DENGAN FITNAH DAJJAL SEKELILING ANDA......




Wednesday, August 18, 2010

Tuesday, August 17, 2010

Ampunkan Hambamu Ya Allah

harini puasa masuk ketujuh..Alhamdulillah..walaupun sakit, aku tetap meneruskan puasaku..niatku sebelum puasa dulu adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah..dan Alhamdulillah, niatku dapat dilaksanakan akhirnya...aku begitu tenang...walaupun aku kerap ponteng kelas kerana sakit, tapi..aku tetap belajar di bilik... yaaaaa....aku begitu tenang sehingga pada satu malam aku diserang sakit yang hanya Allah sahaja tahu betapa sakitnya ku rasakan...ketika itu aku di asrama...dan dalam keadaanku yang sakit tu, aku takut akan hutangku yang belum ku langsaikan...dengan menggunakan nama akakku, aku text message kepada semua kawanku jika ada hutangku yang belum selesai...sebelum aku text, aku call and bagitau akakku yang aku gunakan namanya dari nomborku..begitu jugak bapaku akan mengambilku pada keesokan harinya untuk bawa aku balik rumah.. tapi sepatutnya bapaku risau akan keadaanku malam tu dan ingin menjemputku malam tu juga.. tapi aku menolak sebab dah malam sangat...lepas aku text, aku tidur untuk melegakan sakit...lepas aku bangun, banyak misscall and message..aku hairan..rupanya kawanku yang kol ingatkan aku ni dah meninggal..mungkin dorang salah faham dengan message ku tu..dan yang paling membuatkan aku sedih, kawanku siap memaki and memanas dengan aku sebab aku dikatakan menipu dorang yang aku ni dah mati..dengan keadaan yang sakit tu.aku balas sms dorang dengan minta maaf sebab tiada niat untuk menipu malah mau bohong dorang..tapi syaitan mana yang terlepas time puasa ni aku dimarah dan dimaki time aku terlantar sakit..rupa2nya kawanku cakap dia cemas dengan sms ku dan terus ke rumahku..aku time tu tidak tahu apa2, baru bangun sebab sakit..tiba2 lagi aku dicakap penipu..ya Allah..semoga Allah tabahkan hatiku.. sebab dorang salah paham baca mesej terus melulu cakap aku yang bukan2...

buat Dia...
aku tahu kau marah dengan aku..mungkin kau rasa apa yang aku buat itu salah..tapi jika kau pikir balik.. mana salahku..terus perkataan makian kau lemparkan di facebookmu..kau hina aku..kau cakap aku yang bukan2..sebesar mana kesalahan yang aku buat dengan kau..??gara2 kau salah paham baca mesej dan melulu ke rumahku dan ingatkan aku yang menipu kau..terus kau anggap aku sebagai kawan yang paling jahat dalam hidupmu..terima kasih..aku tidak salahkan kau..dan aku hantar mesej itu bukan untuk menarik perhatian sesiapa..aku serius..aku mahu langsaikan hutangku di bulan puasa ni..kau baca mesej tu betul2 jika ada tertulis perkataan ALLAHYARHAMAH NOORAZILAH..baru aku mengaku aku yang salah..tapi jangan sebab kau silap baca mesej, kau terus tuduh aku manusia yang paling jahat di dunia ni..kalau iya pun kau cakap dengan aku kau sikit mau mati bila baca mesejku tu, aku lagi teruk dari kau..bila aku baca mesejmu mau bunuh diri, aku terus kol kau..henpon kau mati...aku cari kau di rumah and rupa2nya kau time tu di tempat lain..siapa bilang aku tidak pernah excident ketika kau mesej aku dulu..tapi aku diam..aku tidak mau tambah kesedihanmu lagi ketika itu..bapaku ketika tu sakit, gara2 aku takut kau lakukan apa2 di rumah..aku tetap temankan kau supaya kau tidak bersedih sangat..aku bukannya mengungkit, tapi hatiku sebak sangat kau sanggup jatuhkan maruahku di facebook..macamlah aku selama ni buruk sangat..dalam kesempatan ini, aku hormat kau..tapi itu dulu..bila kawan sendiri yang mengaibkan kita, rasa hormatku dengan kau hilang.. tolong halalkan segala makan minumku selama ni..jika aku pernah berhutang dan belum langsai, tolong bagitau berapa..aku akan bayar..dan aku halalkan segala apa yang berlaku..kalau kau rasa aku perempuan yang bertudung yang tiada maruah, kau silap..terima kasih atas segala makian yang kau lemparkan, segala hinaan yang kau lontarkan..harus kau ingat yang aku tidak pernah burukkan kau di facebook, segala rahsiamu aku simpan dan aku bawa hingga akhir hayat...aku bukanlah manusia yang cepat aibkan kawannya.MAAFKAN SEGALA KESILAPANKU SELAMA AKU BERKAWAN DENGAN KAU.. AKU HARAP LEPAS NI TIADA LAGI SALAH FAHAM ANTARA KITA..SALAM RAMADHAN..

Sunday, August 15, 2010

KETIKA AKU BERPUASA

assalamualaikum...
harini sudah termasuk hari ke-4 aku berpuasa..belum ada ponteng lagi...memang aku takkan ponteng selagi aku nda period or something..tiada banyak masalah untuk aku berpuasa..malah semakin hari semakin gembira kerana menghantam MCD hari2..hahaha~sot kan..aku sudah serasi tinggal di hostel..malas mau balik rumah..kalau balik pun macam boring jugak..baby sekali-sekala aku dapat jumpa..malah aku buat bazaar ramadhan lagi di bilik..Alhamdulillah rezekiku bertambah...raya..??hhhmm...mungkin ramai yang cakap yang nda sabar mau raya..aku..???kalau diberi peluang puasa sampai 3 bulan pun aku sanggup..cuma banyak assignment kebelakangan ni...jadi kadang2 terkejar sana sini mau buat assignement bah..kepada kawan2 groupku, aku minta maaf r nda bagi komitment selama ni..aku akan berubah..cuma bagitau jak aku apa yang perlu aku buat..sebab aku bingung banyak yang aku mau buat tapi nanti salah format pulak..hahahaha~ok2...

hhhmmmm...kadang2 aku terfikir..aku bukanlah kawan yang baik...mungkin aku adalah kawan di masa senang jak kan..kepada kawan yang terasa dengan aku, aku minta maaf..aku ingin tumpukan perhatian dengan ibadah puasa selama sebulan ni..jika aku berkelakuan biadap dengan korang, aku minta maaf.. jauhi aku jika aku ni kawan ketika senang...aku bukan manusia yang sempurna..jangan ada perselisihan paham antara kita...

aku dapat berbuka puasa dengan family pun tym first puasa jak..lepas tu aku sibuk betul dengan business... rindu dengan mama and bapa untuk berbuka sama2..tapi apa kan daya..masa dan jadual yang ketat membuatkan masaku terhad bersama keluarga...tinggal di hostel aku belajar untuk berdikari tanpa menyusahkan sesiapa...dan aku sedang berdikari......

Monday, August 9, 2010

bulan ramadhan

RAMADAN1
salam ramadhan..
sempena bulan ramadhan yang penuh mulia ni..dengan ucapan seribu kemaafan aku menyusun jari kepada semua insan yang pernah aku sakitkan hatinya, lukakan perasaannya dan menganggu hidupnya..kepada ibubapa yang amat aku sayangi, aku amat mendambakan bulan puasa ni dengan bersahur dan berbuka dengan kamu...buat adik beradikku..doa bersahur dan berbuka sudah cukup mengenyangkan aku dengan terus menyelami erti puasa ni..begitu besar makna ramadhan dalam hidupku..kepada teman2..jagalah ibadah puasa dengan sebaik2nya..jagalah hati sebaik2nya..puasa itu mulia dan hanya setahun sekali sahaja..aku adalah insan yang belum sempurna akhlaknya,akidahnya,imannya, dan amalannya..aku masih mencari erti sebenar islam dan mungkin kerana itu segala nasihatku dan teguranku kepada semua teman mungkin menyakitkan hati..namun,haruslah berpijak di bumi yang nyata kerna dengan kata pepatah,siapa makan cili dia terasa pedas itu juga, kita haruslah berfikir sejenak mengapa kita mesti terasa hati dengan segala nasihat tersebut..tiada langsung niat di hati untuk menghina ataupun membuka pekung di dada..cuma hanya mengajak mengenal erti islam..bantu aku, dan bantu diri kita sendiri untuk menjadi muslim yang dapat menghidu bau syurga, insyaAllah..

RAMADAN2
mungkin selama ni, ada kawan yang pernah terasa hati..tapi disebalik semua itu..aku juga belajar untuk membaiki kedaifan diri..jika niatku untuk memburukkan itu ada..sudah tentu dengan bangganya aku letakkan nama betul and segala pekerjaan yang kamu lakukan selama ni..tapi aku cuma ambil teladan diatas tingkah lakumu tanpa perlu menyebut namamu..maafkan aku..engkau terasa dengan segala tulisan ku dan mungkin juga apa yang aku tulis itu salah..tapi bagaimana kalau betul..??engkau mungkin  adalah badut dalam kehidupan sendiri..segalanya hanyalah untuk renungan bersama..tiada maksud penghinaan..cuma iktibar.. mungkin engkau adalah insan yang terpilih untuk dijadikan iktibar..dan mungkin engkau juga insan terpilih untuk dijadikan teladan..

RAMADAN3
aku hairan dengan manusia sekeliling yang tak pernah habis untuk mencemuhku..Alhamdulillah Allah kuatkan hatiku untuk menempuhi semua ni dengan berperisaikan hati yang besi...manusia yang hidup dengan pujian akan selalu berjalan mendongak..manakala manusia yang hidup dengan cacian akan selalu tunduk untuk menginsafi kelemahan diri..bila sudah terasa diri begitu sempurna..manusia akan mudah bongkak dan lupa akan Allah..dan bila terasa hina,manusia dengan sendirinya akan berasa dekat dengan Allah..hidupku hanya takut kepada Allah...bukan kepada hantu..bukan kepada manusia..bukan kepada syaitan..kerna semuanya masih hamba Allah..sehebat2 manusia pun pasti akan mati..begitu juga dengan mahkluk Allah yang lain..

KEBANYAKAN LELAKI MEMERLUKAN WANITA SEBAGAI TULANG BELAKANG KEJAYAAN MEREKA,TAPI KEBANYAKAN PEREMPUAN TIDAK MEMERLUKAN LELAKI SEBAGAI NADI KEJAYAAN MEREKA...

aku perlukan kedua2nya untuk menjadi nadi kejayaan ku..lelaki yang amat ku perlukan adalah bapaku sendiri..dan wanita yang amat ku inginkan jadi inspirasiku adalah ibuku sendiri..dulu dia pernah menjadi semangatku untuk meneruskan hidup..tapi kini segalanya dah berubah..dia hanya tinggal kenangan..bukan impian..ibubapaku adalah yang pertama dalam hidupku..mungkin bila aku berjumpa dengan mr RIGHT, aku hanya mampu tersenyum dan bilang ASSALAMUALAIKUM...welcome to my life..

Thursday, August 5, 2010

hidupku sebagai 'HOSTELLER'

berpisah dengan baby ku bukannya benda yang senang untuk dilakukan..betapa aku rindukannya..sudah mandika belum, sudah dilap ka belum..sudah wangi ka belum..semuanya dalam kepala berlegar2... adakah dijaga betul2..i dont know..i miss u baby..rindu sangat..

ok habis2..sepanjang aku berada di hostel..banyak perkara yang terjadi..tapi nda jugalah boleh kan aku bagitau semua...aku nda boleh jugaklah manja sangat..nanti jadi KOMANJER!.hahahahahaha...LIBK 20 MESTI INGAT AYAT NI..hahahaha~dalam bilikku ni, tinggal 4 orang dara sunti..juga 4 orang komander..yang bestnya bilikku ni..3 orang lahir dalam bulan yang sama..OKTOBER..farnadia, aku panggil nad..lahir 4 oktober, Norafidah@pida lahir 16 oktober dan aku 22 oktober..hahaha~lucu and pelik and comel and entahlaaaaa.. manakala yang terakhir ni, terbalik sikit bulannya..kalau kami tiga orang lahir bulan 10, dia lahir bulan januari 01..  and yang paling kecil dalam bilik..saburah namanya...pida tiada minggu ni sebab dia sakit ILI and  terpaksa balik rumah..kesian..pida, cepat2 sembuh r..ada jugak kawan kami makan maggi malam2...haahahahaha~
aku ni jenis yang tidur di lantai..paling syiok!tapi..lantai hostel ni sejuk mau mapus..akibatnya reput tulang belakangku ba..

ada yang nda dapat jumpa link blog ku ni and siap cakap lagi aku dengan kawan2 ni anjing betina... yala
anonymously...kaulah ba manusia sempurna..hebat...tiada sebarang cacat..hina jaklah kami ni..  A VERY BIG CLAP TO YOU...BARI GALI kan aku ni..??at least nda pengecut macam kau..menyerang pun di formspring... agak2la ba kan...apa2 lah..bulan ramadhan pun dah nak dekat...daripada aku layan kau, bagus aku layan Allah swt..banyak faedah lagi...okay...terima kasih atas segala hinaan anda...

Sunday, August 1, 2010

telah tiada

salam blog,
malam ni aku mendapat khabar berita tentang kematian arwah cikguku..takziah ke atasnya dan semoga Allah mencucuri Rahmat ke atasnya..sesungguhnya arwah adalah insan yang paling kaya dengan senyuman dan kepada sesiapa yang memandangnya pasti akan berlembut hati...inilah keistimewaan arwah walaupun aku tidak berapa mengenalinya dengan lebih lama..

dengan perkhabaran ini jugalah..hatiku terus tertutup untuk menyambut makna cinta sehingga datangnya kemanisan itu sendiri...jika direnungkan kembali, aku bersyukur kepada Allah kerna insan yang amat aku sayang masih hidup dan berbahagia dengan kehidupannya... sebab itulah aku pasrah melepaskannya kepada orang lain.. dia berhak mendapat yang lebih baik dan aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang..semoga Allah merahmati segala perjalanannya yang berlandaskan jihad dan melindungi dari godaan syaitan..

 tanganku masih bergerak menari menekan2 segala punat komputer melakar segala coretan manis dan pahit.. Alhamdulillah, aku tersedar bahawa aku masih hidup untuk menyambut hidayah dan mencari erti taubat... hidup tak selalunya indah...aku masih teringat bagaimana keadaanku ketika mengharungi detik2 perpisahan yang meluluhkan hatiku...sukar untuk terlena dan asyik memikirkannya...Allah itu Maha Besar...Dia pasti akan berlaku adil...aku hanya berpisah dengan kekasihku..kerana dia memerlukan seseorang untuk keperluannya..dan insan itu bukannya aku... manakala aku bersendiri tanpa disedari aku punya Allah... disebabkan itulah aku masih teguh seperti sebelum kita bertemu..semua itu kenangan, yang menjadikan aku seperti sekarang..meskipun kita tidak bersama..namun untuk terus menyintaimu...aku lakukan dalam kesenyapan hati....