salam blog,
malam ni aku mendapat khabar berita tentang kematian arwah cikguku..takziah ke atasnya dan semoga Allah mencucuri Rahmat ke atasnya..sesungguhnya arwah adalah insan yang paling kaya dengan senyuman dan kepada sesiapa yang memandangnya pasti akan berlembut hati...inilah keistimewaan arwah walaupun aku tidak berapa mengenalinya dengan lebih lama..
dengan perkhabaran ini jugalah..hatiku terus tertutup untuk menyambut makna cinta sehingga datangnya kemanisan itu sendiri...jika direnungkan kembali, aku bersyukur kepada Allah kerna insan yang amat aku sayang masih hidup dan berbahagia dengan kehidupannya... sebab itulah aku pasrah melepaskannya kepada orang lain.. dia berhak mendapat yang lebih baik dan aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang..semoga Allah merahmati segala perjalanannya yang berlandaskan jihad dan melindungi dari godaan syaitan..
tanganku masih bergerak menari menekan2 segala punat komputer melakar segala coretan manis dan pahit.. Alhamdulillah, aku tersedar bahawa aku masih hidup untuk menyambut hidayah dan mencari erti taubat... hidup tak selalunya indah...aku masih teringat bagaimana keadaanku ketika mengharungi detik2 perpisahan yang meluluhkan hatiku...sukar untuk terlena dan asyik memikirkannya...Allah itu Maha Besar...Dia pasti akan berlaku adil...aku hanya berpisah dengan kekasihku..kerana dia memerlukan seseorang untuk keperluannya..dan insan itu bukannya aku... manakala aku bersendiri tanpa disedari aku punya Allah... disebabkan itulah aku masih teguh seperti sebelum kita bertemu..semua itu kenangan, yang menjadikan aku seperti sekarang..meskipun kita tidak bersama..namun untuk terus menyintaimu...aku lakukan dalam kesenyapan hati....
No comments:
Post a Comment