RAMADAN1
salam ramadhan..
sempena bulan ramadhan yang penuh mulia ni..dengan ucapan seribu kemaafan aku menyusun jari kepada semua insan yang pernah aku sakitkan hatinya, lukakan perasaannya dan menganggu hidupnya..kepada ibubapa yang amat aku sayangi, aku amat mendambakan bulan puasa ni dengan bersahur dan berbuka dengan kamu...buat adik beradikku..doa bersahur dan berbuka sudah cukup mengenyangkan aku dengan terus menyelami erti puasa ni..begitu besar makna ramadhan dalam hidupku..kepada teman2..jagalah ibadah puasa dengan sebaik2nya..jagalah hati sebaik2nya..puasa itu mulia dan hanya setahun sekali sahaja..aku adalah insan yang belum sempurna akhlaknya,akidahnya,imannya, dan amalannya..aku masih mencari erti sebenar islam dan mungkin kerana itu segala nasihatku dan teguranku kepada semua teman mungkin menyakitkan hati..namun,haruslah berpijak di bumi yang nyata kerna dengan kata pepatah,siapa makan cili dia terasa pedas itu juga, kita haruslah berfikir sejenak mengapa kita mesti terasa hati dengan segala nasihat tersebut..tiada langsung niat di hati untuk menghina ataupun membuka pekung di dada..cuma hanya mengajak mengenal erti islam..bantu aku, dan bantu diri kita sendiri untuk menjadi muslim yang dapat menghidu bau syurga, insyaAllah..
RAMADAN2
mungkin selama ni, ada kawan yang pernah terasa hati..tapi disebalik semua itu..aku juga belajar untuk membaiki kedaifan diri..jika niatku untuk memburukkan itu ada..sudah tentu dengan bangganya aku letakkan nama betul and segala pekerjaan yang kamu lakukan selama ni..tapi aku cuma ambil teladan diatas tingkah lakumu tanpa perlu menyebut namamu..maafkan aku..engkau terasa dengan segala tulisan ku dan mungkin juga apa yang aku tulis itu salah..tapi bagaimana kalau betul..??engkau mungkin adalah badut dalam kehidupan sendiri..segalanya hanyalah untuk renungan bersama..tiada maksud penghinaan..cuma iktibar.. mungkin engkau adalah insan yang terpilih untuk dijadikan iktibar..dan mungkin engkau juga insan terpilih untuk dijadikan teladan..
RAMADAN3
aku hairan dengan manusia sekeliling yang tak pernah habis untuk mencemuhku..Alhamdulillah Allah kuatkan hatiku untuk menempuhi semua ni dengan berperisaikan hati yang besi...manusia yang hidup dengan pujian akan selalu berjalan mendongak..manakala manusia yang hidup dengan cacian akan selalu tunduk untuk menginsafi kelemahan diri..bila sudah terasa diri begitu sempurna..manusia akan mudah bongkak dan lupa akan Allah..dan bila terasa hina,manusia dengan sendirinya akan berasa dekat dengan Allah..hidupku hanya takut kepada Allah...bukan kepada hantu..bukan kepada manusia..bukan kepada syaitan..kerna semuanya masih hamba Allah..sehebat2 manusia pun pasti akan mati..begitu juga dengan mahkluk Allah yang lain..
KEBANYAKAN LELAKI MEMERLUKAN WANITA SEBAGAI TULANG BELAKANG KEJAYAAN MEREKA,TAPI KEBANYAKAN PEREMPUAN TIDAK MEMERLUKAN LELAKI SEBAGAI NADI KEJAYAAN MEREKA...
aku perlukan kedua2nya untuk menjadi nadi kejayaan ku..lelaki yang amat ku perlukan adalah bapaku sendiri..dan wanita yang amat ku inginkan jadi inspirasiku adalah ibuku sendiri..dulu dia pernah menjadi semangatku untuk meneruskan hidup..tapi kini segalanya dah berubah..dia hanya tinggal kenangan..bukan impian..ibubapaku adalah yang pertama dalam hidupku..mungkin bila aku berjumpa dengan mr RIGHT, aku hanya mampu tersenyum dan bilang ASSALAMUALAIKUM...welcome to my life..
No comments:
Post a Comment