Monday, January 2, 2012

Rusuhan UPSI- ADAM ADLI

Salam bloggers..

harini aku mau kupas sikit tentang Adam Adli..siapa beliau..??yang aku tau beliau adalah penuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris...and beliau adalah pelajar yang lantang menurunkan bendera PM sebab perlembagaan AUKU ditunda dan bukan dimansuhkan...ok..dalam situasi ni...memang kita akan judge terus si Adam ni kerna dia boleh dikatakan biadap sebab tidak menghormati Perdana Menteri sebagai insan yang mentadbir negara kita.. tapi sebelum tu, aku nak mention sini aku bukan ORANG UMNO OR PEMBANGKANG..aku cuma PENULIS BLOG... and then terbaru lagi beliau buat demonstrasi sehingga mencetuskan kejadian 'tumpah darah' antara pengikut demonstrasi tersebut....

Mengikut Pandangan Aku...

aku tidak tahu sangat pasal perlembagaan ni sebab aku pelajar pelancongan...tapi apa yang aku boleh ulas sini setiap perkara itu berat atau tidak....bermusyawarah lagi afdal...kesabaran itu penting...cuba ambil contoh, misalnya AUKU dimansuhkan, dan pelajar akan diberikan hak bersuara...dan menggunakan rusuhan jalanan sebagai perantara untuk mendapatkan sesuatu...adakah itu boleh dikatakan berjaya..??adakah kita sudah bersedia meramalkan tentang apa yang akan terjadi selepas AUKU dimansuhkan..??siapa mau jadi tok bomoh nak meramal..?? memang patut dipuji semangat Adam sebagai seorang yang sangat berani...tetapi, kita harus fikirkan jugak tentang sebab dan akibatnya...suruhanjaya sudah didirikan..pandangan antara mahasiswa sedang diusahakan..jadi..??mengapa perlu rusuhan jalanan..??takkan bila kita dah benci seorang pemimpin tu, kita lupa akan kemakmuran yang ada..??Berapa ramai yang terjejas disebabkan setiap satu rusuhan?? setiap perkara ada undang-undang..negara kita mempunyai sistem pelajaran yang terbaik sehingga melahirkan graduan undang-undang yang mantap dan cemerlang belaka... jadi kenapa kita tidak menggunakan saluran yang ada untuk satu perkara..?? 

Bukan itu sahaja, untuk menjadi khalifah di muka bumi ini, perkara pertama yang harus kita lakukan adalah menjadi khalifah untuk diri sendiri...selepas itu, barulah kita buat keputusan sama ada kita hendak memimpin orang lain atau tidak..aku tidak mention Adam Adli salah, tapi aku tidak cakap jugak beliau betul.. cuma, setiap apa yang kita lakukan tu, kita hendaklah berfikir dengan sedalam dalamnya... apakah akibatnya dengan manusia sekeliling..?? namun aku pasti, sebelum Adam melakukan perkara tersebut, beliau telah berfikir semasak-masaknya..dan beliau harus hadapi apa juga tentangan dan cabaran yang beliau perjuangkan.. dan aku nak petik sikit ayat dalam Blog Amar Al-Bakhtiar, let's the evidence speak....

Sunday, January 1, 2012

FLASHBACK 2011 CONT...

Salam Bloggers...

Bila mengenangkan 2011...macam-macam yang berlaku...seperti...

1. Percintaan yang On/Off dan akhirnya Off jugak.... dan kini bersama yang baru dan bahagia~~ weeee!
2. Kematian Arwah Datuk
3. Kematian Arwah mackcikku (tiga bulan selepas pemergian datuk)
4. Mama masuk hospital gara-gara sakit jantung dan darah tinggi.. (Alhamdulillah sihat walafiat jugak)
5. Mendaki Gunung TrusMadi XPDC 111111
6. Berjaya menghabiskan Diploma
7. Memperoleh pendapatan melalui titik peluh sendiri (tiap2 tahun pun ada ni..saja flashback..hahaha)
8. Time puasa, berjaya menguruskan badan, namun kemudian BLUP balik..haiyaaa (bahagia katakan!)
9. Menempuh banjir setinggi 2 meter menggunakan myviku! (Alhamdulillah selamat)
10. Pergi tawau buat pertama kali!!! wow!! jumpa famili ameira!! love them so much! (my 2nd family)
11. Sambut hari jadi seorang diri~~hhhmmmm (22/10)
12. Abang tamat pengajian Konvokesyen!! Alhamdulillah
13. Praktikal di Sipadan Dive Centre @ Pulau Tiga
14. Dihadiahkan Jam sempena hari jadi dari yang tersayang
15. cont....

FLASHBACK 2011

Salam bloggers...

harini, 01/01/2012.....hhmmm..sebenarnya agak sedih jugaklah untuk permulaan hariku pada hari ini... entah macam mana mau cakap...hhhmm...sedih..amat sedih..kenapa..??sebab aku telah menyebabkan kematian seekor anak kucing warna putih hitam pada jam lebih kurang jam3 petang... ceritanya begini...

aku baru habis kerja bantu kakak aku buat kuih popiah di rumah kakakku.. Taman Seri Maju... jadi aku kira mau singgah UiTM..jadi selepas menuruni tangga 4 tingkat..aku pun sampailah ke keretaku..aku tengok, ada anak kucing hitam...dekat sangat dengan keretaku...kira dalam perumahan tu, memang banyak kucing,...siap aku main lagi sekejap dengan kucing tu...and then..aku angkat anak kucing tu, dan letak ke tepi...biar jauh sikit dari keretaku supaya ndak berlaku kejadian yang tidak diingini.. aku pun masuk kereta...lepas tu, untuk kepastian lagi..aku cek balik keliling keretaku dan bawah keretaku..ok.. semuanya CLEAR...no problem.. aku pun start enjin kereta dan keretaku mula bergerak perlahan...

Tidak lama kemudian....selang 5 saat, aku terasa keretaku macam terpijak sesuatu di bahagian tayar... jantungku berdegup kencang...teramat kencang sebab aku risau kalau-kalau ada kucing lagi di bawah keretaku... Masya Allah....rupa rupanya..masih ada kucing di bawah keretaku dan itu pun anak kucing warna hitam putih terpijak tayar keretaku..aku pun terkedu yang amat sangat..aku nampak mata anak kucing tu terbeliak lagi keluar...Astaghfirullah..apalah yang telah aku lakukan...aku pun bawa anak kucing tu masuk dalam kereta dan langsung ke UiTM untuk aku kebumikan....sedih yang teramat sangat..sepangjang perjalanan, airmataku tidak berhenti mengalir...mengalir dengan sangat deras...masakan tidak.. anak kucing tu jadi mangsa keretaku..walaupun aku sudah terlalu berhati-hati... memang time tu.. aku ndak tau mau cakap apa lagi.yang hanya mampu aku lakukan, kebumikan bangkai kucing tersebut dengan selamat....kemudian, dalam kekalutan tu, aku kol ameira....aku ndak tau mau buat apa...hanya dialah yang jadi penenang hatiku walaupun hakikatnya....TIDAK TENANG....

Setelah sampai ke UiTM...aku pun segera mendapatkan ameira..kami pun menguburkan anak kucing tersebut  berdekatan dengan tangki hostel kluster A....sesungguhnya aku hanya mampu meminta maaf dan berdoa agar hatiku tenang dan begitu juga dengan anak kucing tersebut...demi Allah, aku tidak sengaja melakukannya... 

itulah kisahku pada 01/01/12.....permulaan yang sedih....bersambung flashback 2011....