Sunday, August 22, 2010

JAHILNYA MANUSIA

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvjG5OS1qyd-O2np3AUbHC4AW9H-joU13mOTcGqOT1vnv3o1rhWslMb_e9rrtoIBIGp1-EST1uCAkIN-Rfv5MdV1ghCibPmwyiWtqFZGVnBcEhWA6fhVpGwKAh3o-eatryBeP4WleSsA/s1600/salehhanjing1.jpg

silalah klik link di atas yang aku dapat dari blog kawan...entahlah dia ni jenis manusia yang macamana.. samada dia islam ataupun tidak, Allahualam..tapi kita boleh lihat perbuatannya dari banyak sudut...
ingat lagi tentang tanda2 kiamat..??ini mungkin adalah salah satu daripadanya..kemungkinan si empunya facebook tu islam, tapi kurang didikan agama..itu memang jelas kenampakan...kita imbas sejarah islam dahulu dimana orang jahiliah saling berbunuhan antara satu sama lain sebelum kedatangan agama islam... menurut pada pandanganku, si empunya facebook ni seorang manusia yang jahil dari semua sudut agama islam..tidak tahu akan hukum, tidak tahu akan hari pembalasan...tapi yang menghairankan..jika dia tidak percaya dengan agama islam, kenapa harus percaya dengan hari kiamat..??dimana empunya facebook ni menetapkan bahawa hari kiamat untuk 'agamanya' adalah 2015...semua penganutnya akan bunuh diri beramai2 di mall...seorang manusia yang berfikiran cetek dan aku menyebutnya sebagai manusia yang BODOH..yaaaa..jahil=BODOH..kalau berani,sahutlah cabaranku agar menuntut agama islam selama sebulan di satu sekolah agama yang disiplinnya tinggi..kita tengok macamana...and, kitab yang bakal kau draft tu nanti mau namakan apa..??salleh asam gelugor??harus kau ingat, undang2 yang dibuat manusia zaman sekarang pun banyak yang menghadapi masalah, apa lagi kau..??baliklah kepada jalan Allah... tiada guna kau mau bangkitkan seluruh kemarahan umat islam di dunia ni...

itu pandangan yang pertama..pandangan yang kedua..
kemungkinan besar jugaklah fb yang dibuat tu adalah dari orang kafir untuk menyesatkan umat islam dengan menggunakan nama islam..iaitu Salleh...umat islam yang membaca komen2 si asam gelugor tu dengan kawannya yang lain cepat2lah beristighfar..perilakunya seperti dajjal yang menyebarkan fitnah kepada umat islam..sama2lah kita renungkan sebanyak mana pahala dan dosa kita..di bulan ramadhan ni, tadah tangan kepada Allah minta ampun atas segala dosa2 yang kita lakukan..sesungguhnya Allah maha pengampun lagi Maha Mengasihani hambanya...InsyaAllah, jika memperbanyakkan amal ibadah...akan tenang hidup kita...

TANDA-TANDA HAMPIR KIAMAT

Hadis yang dikumpulkan oleh Syeikh Othman Jalaluddin di dalam kitabnya Ad Darratun Naafi'aah Fil Asy Raat As Saa'aah dan dikumpulkan oleh Al 'Allamah Mufti Brunei, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama, Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz dalam kumpulan fatwanya bilangan 30 menceritakan beberapa peristiwa TANDA TANDA KIAMAT, di antaranya :

1. Lahir binatang berekor yang menerangi pihak timur - kemungkinan Komet Helly

2. Qur'an diangkat daripada dada (tidak ada orang menghafal Quran), Quran dilagu - lagukan dan dipertandingkantetapi tidak dilaksanakan pengajarannya. Al-Quran ditulis cantik dan dijadikan hiasan dinding.

3. Banyak orang berhutang di bank dengan menggunakan riba'

4. Kemelesetan ekonomi. Perniagaan rugi.

5. Cukai ditinggikan.

6. Banyak berlaku homoseks dan lesbian.


7. Timbul penyakit ganjil timbul dari hubungan seks haram seperti Siplis, Aids da lain - lain.

8. Orang perempuan tidak mahu beranak banyak dan merekamengguna alat perancang keluarga.

9. Orang Islam kutuk mengutuk sesama Islam. <----(salleh asam gelugor)

10. Masjid dibina indah dan mahal - mahal tetapi tidak banyak ahli jema'ah dan tidak dijadikan sebagai pusat gerakanIslam.

11. Perempuan mengatasi lelaki dari segi jumlah, peranan,menguasai rumah tangga (Queen Control), menguasai jawatan dan lain-lain lagi.

12. Banyak berlaku gempa bumi.

13. Banyak berlaku peperangan di serata ceruk muka bumi.

14. Lahir kumpulan penyanyi macam orang gila (rock), kumpulan punk dan lain - lain.

15. Banyak berlaku rasuah.

16. Lahir kumpulan mengkritik Hadis Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam.

17. Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.

18. Hubungan keluarga pecah belah (anak durhaka ibu bapa,isteri tidak taat suami, suami menganiaya isteri di jadikan pelacur dan sebagainya )

19. Pembunuhan secara aniaya berlaku secara terang - terangan tanpa pembelaan seperti di kem tahanan Sabra danSyatila; dan di Bosnia)

20. Salam cuma diucapkan kepada orang yang dikenali sahaja.



Peristiwa - peristiwa di atas ialah tanda - tanda pertengahan menjelang tanda - tanda Kiamat yang besar (Kiamat Kubra). Tanda - tanda Kiamat Kubra diriwayatkan lagi bahawa berlaku beberapa peristiwa iaitu:

1. Sembahyang ditinggalkan.

2. Banyak bangunan tinggi mencakar langit.

3. Orang jahat jadi pemimpin.

4. Tidak amanah dan zalim.

5. Penzinaan berleluasa dan dijadikan sumber hidup.

6. Perkara haram dihalalkan.

7. Umat Islam banyak yang tersesat dan terkeluar dariaqudah Ahlussunnah Waljama'ah.

8. Ulama' menjual agama kerana kepentingan dunia.

9. Orang khianat diberi amanah dan orang amanah diketepikan.

10. Alat muzik yang haram dimainkan oleh orang Islam.

11. Arak jadi minuman seharian (rasmi).

daripada:http://permai1.tripod.com/tanda.html


JIKA ADA DI ANTARA KITA YANG PERNAH MELAKUKAN PERKARA SEPERTI DI ATAS, INSAFLAH..RAMADHAN ADALAH BULAN YANG PENUH DENGAN KEMULIAAN DAN NIKMAT YANG BERLIPAT KALI GANDA..SEPERTI MANA SEMANGATNYA MANUSIA DATANGNYA MUSIM BOLA, SEMUA IKUTI PERKEMBANGAN BOLA..DAN SEGALANYA TENTANG BOLA....TANAMKANLAH SEMANGAT ITU UNTUK PRAKTIKKANNYA DI BULAN RAMADHAN..TIDAK SIA-SIA..
 
JIKA SANGGUP TIDAK TIDUR UNTUK BOLA, APA SALAHYA TIDAK TIDUR UNTUK BERZIKIR KEPADA ALLAH...JIKA SANGGUP BERBELANJA SAKAN UNTUK BOLA, APA SALAHNYA MEMBERI SEDEKAH UNTUK ORANG FAKIR MISKIN.. JIKA SANGGUP TIDAK MAKAN DAN TIDAK MINUM SEMATA2 UNTUK BOLA, APA SALAHNYA BERPUASA DI BULAN RAMADHAN..KENAPA HARUS DIRAIKAN MUSIM BOLA YANG BANYAK DOSA??
DAN KENAPA TIDAK RAMADHAN YANG DATANG DISAMBUT SUNYI SEDANGKAN BANYAK PAHALA??
 
INGATLAH, ALLAH MELIPAT GANDAKAN PAHALA DAN AMALAN DI BULAN PUASA..
PUASA BUKANLAH SEKADAR MENAHAN LAPAR DAN DAHAGA, JUGA NAFSU DAN AKAL FIKIRAN SEKALI...
 
NASIHAT DITUJUKAN KHAS UNTUK DIRIKU SENDIRI...KEPADA TEMAN2 YANG LAIN, AMBIL IKTIBAR DALAM SEGALA HAL BURUK YANG TERJADI..JADIKAN PEGANGAN DALAM SEGALA HAL BAIK YANG BERLAKU..PASTIKAN KITA DI LANDASAN YANG BENAR...

No comments:

Post a Comment