Wednesday, August 18, 2010

Tuesday, August 17, 2010

Ampunkan Hambamu Ya Allah

harini puasa masuk ketujuh..Alhamdulillah..walaupun sakit, aku tetap meneruskan puasaku..niatku sebelum puasa dulu adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah..dan Alhamdulillah, niatku dapat dilaksanakan akhirnya...aku begitu tenang...walaupun aku kerap ponteng kelas kerana sakit, tapi..aku tetap belajar di bilik... yaaaaa....aku begitu tenang sehingga pada satu malam aku diserang sakit yang hanya Allah sahaja tahu betapa sakitnya ku rasakan...ketika itu aku di asrama...dan dalam keadaanku yang sakit tu, aku takut akan hutangku yang belum ku langsaikan...dengan menggunakan nama akakku, aku text message kepada semua kawanku jika ada hutangku yang belum selesai...sebelum aku text, aku call and bagitau akakku yang aku gunakan namanya dari nomborku..begitu jugak bapaku akan mengambilku pada keesokan harinya untuk bawa aku balik rumah.. tapi sepatutnya bapaku risau akan keadaanku malam tu dan ingin menjemputku malam tu juga.. tapi aku menolak sebab dah malam sangat...lepas aku text, aku tidur untuk melegakan sakit...lepas aku bangun, banyak misscall and message..aku hairan..rupanya kawanku yang kol ingatkan aku ni dah meninggal..mungkin dorang salah faham dengan message ku tu..dan yang paling membuatkan aku sedih, kawanku siap memaki and memanas dengan aku sebab aku dikatakan menipu dorang yang aku ni dah mati..dengan keadaan yang sakit tu.aku balas sms dorang dengan minta maaf sebab tiada niat untuk menipu malah mau bohong dorang..tapi syaitan mana yang terlepas time puasa ni aku dimarah dan dimaki time aku terlantar sakit..rupa2nya kawanku cakap dia cemas dengan sms ku dan terus ke rumahku..aku time tu tidak tahu apa2, baru bangun sebab sakit..tiba2 lagi aku dicakap penipu..ya Allah..semoga Allah tabahkan hatiku.. sebab dorang salah paham baca mesej terus melulu cakap aku yang bukan2...

buat Dia...
aku tahu kau marah dengan aku..mungkin kau rasa apa yang aku buat itu salah..tapi jika kau pikir balik.. mana salahku..terus perkataan makian kau lemparkan di facebookmu..kau hina aku..kau cakap aku yang bukan2..sebesar mana kesalahan yang aku buat dengan kau..??gara2 kau salah paham baca mesej dan melulu ke rumahku dan ingatkan aku yang menipu kau..terus kau anggap aku sebagai kawan yang paling jahat dalam hidupmu..terima kasih..aku tidak salahkan kau..dan aku hantar mesej itu bukan untuk menarik perhatian sesiapa..aku serius..aku mahu langsaikan hutangku di bulan puasa ni..kau baca mesej tu betul2 jika ada tertulis perkataan ALLAHYARHAMAH NOORAZILAH..baru aku mengaku aku yang salah..tapi jangan sebab kau silap baca mesej, kau terus tuduh aku manusia yang paling jahat di dunia ni..kalau iya pun kau cakap dengan aku kau sikit mau mati bila baca mesejku tu, aku lagi teruk dari kau..bila aku baca mesejmu mau bunuh diri, aku terus kol kau..henpon kau mati...aku cari kau di rumah and rupa2nya kau time tu di tempat lain..siapa bilang aku tidak pernah excident ketika kau mesej aku dulu..tapi aku diam..aku tidak mau tambah kesedihanmu lagi ketika itu..bapaku ketika tu sakit, gara2 aku takut kau lakukan apa2 di rumah..aku tetap temankan kau supaya kau tidak bersedih sangat..aku bukannya mengungkit, tapi hatiku sebak sangat kau sanggup jatuhkan maruahku di facebook..macamlah aku selama ni buruk sangat..dalam kesempatan ini, aku hormat kau..tapi itu dulu..bila kawan sendiri yang mengaibkan kita, rasa hormatku dengan kau hilang.. tolong halalkan segala makan minumku selama ni..jika aku pernah berhutang dan belum langsai, tolong bagitau berapa..aku akan bayar..dan aku halalkan segala apa yang berlaku..kalau kau rasa aku perempuan yang bertudung yang tiada maruah, kau silap..terima kasih atas segala makian yang kau lemparkan, segala hinaan yang kau lontarkan..harus kau ingat yang aku tidak pernah burukkan kau di facebook, segala rahsiamu aku simpan dan aku bawa hingga akhir hayat...aku bukanlah manusia yang cepat aibkan kawannya.MAAFKAN SEGALA KESILAPANKU SELAMA AKU BERKAWAN DENGAN KAU.. AKU HARAP LEPAS NI TIADA LAGI SALAH FAHAM ANTARA KITA..SALAM RAMADHAN..

Sunday, August 15, 2010

KETIKA AKU BERPUASA

assalamualaikum...
harini sudah termasuk hari ke-4 aku berpuasa..belum ada ponteng lagi...memang aku takkan ponteng selagi aku nda period or something..tiada banyak masalah untuk aku berpuasa..malah semakin hari semakin gembira kerana menghantam MCD hari2..hahaha~sot kan..aku sudah serasi tinggal di hostel..malas mau balik rumah..kalau balik pun macam boring jugak..baby sekali-sekala aku dapat jumpa..malah aku buat bazaar ramadhan lagi di bilik..Alhamdulillah rezekiku bertambah...raya..??hhhmm...mungkin ramai yang cakap yang nda sabar mau raya..aku..???kalau diberi peluang puasa sampai 3 bulan pun aku sanggup..cuma banyak assignment kebelakangan ni...jadi kadang2 terkejar sana sini mau buat assignement bah..kepada kawan2 groupku, aku minta maaf r nda bagi komitment selama ni..aku akan berubah..cuma bagitau jak aku apa yang perlu aku buat..sebab aku bingung banyak yang aku mau buat tapi nanti salah format pulak..hahahaha~ok2...

hhhmmmm...kadang2 aku terfikir..aku bukanlah kawan yang baik...mungkin aku adalah kawan di masa senang jak kan..kepada kawan yang terasa dengan aku, aku minta maaf..aku ingin tumpukan perhatian dengan ibadah puasa selama sebulan ni..jika aku berkelakuan biadap dengan korang, aku minta maaf.. jauhi aku jika aku ni kawan ketika senang...aku bukan manusia yang sempurna..jangan ada perselisihan paham antara kita...

aku dapat berbuka puasa dengan family pun tym first puasa jak..lepas tu aku sibuk betul dengan business... rindu dengan mama and bapa untuk berbuka sama2..tapi apa kan daya..masa dan jadual yang ketat membuatkan masaku terhad bersama keluarga...tinggal di hostel aku belajar untuk berdikari tanpa menyusahkan sesiapa...dan aku sedang berdikari......

Monday, August 9, 2010

bulan ramadhan

RAMADAN1
salam ramadhan..
sempena bulan ramadhan yang penuh mulia ni..dengan ucapan seribu kemaafan aku menyusun jari kepada semua insan yang pernah aku sakitkan hatinya, lukakan perasaannya dan menganggu hidupnya..kepada ibubapa yang amat aku sayangi, aku amat mendambakan bulan puasa ni dengan bersahur dan berbuka dengan kamu...buat adik beradikku..doa bersahur dan berbuka sudah cukup mengenyangkan aku dengan terus menyelami erti puasa ni..begitu besar makna ramadhan dalam hidupku..kepada teman2..jagalah ibadah puasa dengan sebaik2nya..jagalah hati sebaik2nya..puasa itu mulia dan hanya setahun sekali sahaja..aku adalah insan yang belum sempurna akhlaknya,akidahnya,imannya, dan amalannya..aku masih mencari erti sebenar islam dan mungkin kerana itu segala nasihatku dan teguranku kepada semua teman mungkin menyakitkan hati..namun,haruslah berpijak di bumi yang nyata kerna dengan kata pepatah,siapa makan cili dia terasa pedas itu juga, kita haruslah berfikir sejenak mengapa kita mesti terasa hati dengan segala nasihat tersebut..tiada langsung niat di hati untuk menghina ataupun membuka pekung di dada..cuma hanya mengajak mengenal erti islam..bantu aku, dan bantu diri kita sendiri untuk menjadi muslim yang dapat menghidu bau syurga, insyaAllah..

RAMADAN2
mungkin selama ni, ada kawan yang pernah terasa hati..tapi disebalik semua itu..aku juga belajar untuk membaiki kedaifan diri..jika niatku untuk memburukkan itu ada..sudah tentu dengan bangganya aku letakkan nama betul and segala pekerjaan yang kamu lakukan selama ni..tapi aku cuma ambil teladan diatas tingkah lakumu tanpa perlu menyebut namamu..maafkan aku..engkau terasa dengan segala tulisan ku dan mungkin juga apa yang aku tulis itu salah..tapi bagaimana kalau betul..??engkau mungkin  adalah badut dalam kehidupan sendiri..segalanya hanyalah untuk renungan bersama..tiada maksud penghinaan..cuma iktibar.. mungkin engkau adalah insan yang terpilih untuk dijadikan iktibar..dan mungkin engkau juga insan terpilih untuk dijadikan teladan..

RAMADAN3
aku hairan dengan manusia sekeliling yang tak pernah habis untuk mencemuhku..Alhamdulillah Allah kuatkan hatiku untuk menempuhi semua ni dengan berperisaikan hati yang besi...manusia yang hidup dengan pujian akan selalu berjalan mendongak..manakala manusia yang hidup dengan cacian akan selalu tunduk untuk menginsafi kelemahan diri..bila sudah terasa diri begitu sempurna..manusia akan mudah bongkak dan lupa akan Allah..dan bila terasa hina,manusia dengan sendirinya akan berasa dekat dengan Allah..hidupku hanya takut kepada Allah...bukan kepada hantu..bukan kepada manusia..bukan kepada syaitan..kerna semuanya masih hamba Allah..sehebat2 manusia pun pasti akan mati..begitu juga dengan mahkluk Allah yang lain..

KEBANYAKAN LELAKI MEMERLUKAN WANITA SEBAGAI TULANG BELAKANG KEJAYAAN MEREKA,TAPI KEBANYAKAN PEREMPUAN TIDAK MEMERLUKAN LELAKI SEBAGAI NADI KEJAYAAN MEREKA...

aku perlukan kedua2nya untuk menjadi nadi kejayaan ku..lelaki yang amat ku perlukan adalah bapaku sendiri..dan wanita yang amat ku inginkan jadi inspirasiku adalah ibuku sendiri..dulu dia pernah menjadi semangatku untuk meneruskan hidup..tapi kini segalanya dah berubah..dia hanya tinggal kenangan..bukan impian..ibubapaku adalah yang pertama dalam hidupku..mungkin bila aku berjumpa dengan mr RIGHT, aku hanya mampu tersenyum dan bilang ASSALAMUALAIKUM...welcome to my life..

Thursday, August 5, 2010

hidupku sebagai 'HOSTELLER'

berpisah dengan baby ku bukannya benda yang senang untuk dilakukan..betapa aku rindukannya..sudah mandika belum, sudah dilap ka belum..sudah wangi ka belum..semuanya dalam kepala berlegar2... adakah dijaga betul2..i dont know..i miss u baby..rindu sangat..

ok habis2..sepanjang aku berada di hostel..banyak perkara yang terjadi..tapi nda jugalah boleh kan aku bagitau semua...aku nda boleh jugaklah manja sangat..nanti jadi KOMANJER!.hahahahahaha...LIBK 20 MESTI INGAT AYAT NI..hahahaha~dalam bilikku ni, tinggal 4 orang dara sunti..juga 4 orang komander..yang bestnya bilikku ni..3 orang lahir dalam bulan yang sama..OKTOBER..farnadia, aku panggil nad..lahir 4 oktober, Norafidah@pida lahir 16 oktober dan aku 22 oktober..hahaha~lucu and pelik and comel and entahlaaaaa.. manakala yang terakhir ni, terbalik sikit bulannya..kalau kami tiga orang lahir bulan 10, dia lahir bulan januari 01..  and yang paling kecil dalam bilik..saburah namanya...pida tiada minggu ni sebab dia sakit ILI and  terpaksa balik rumah..kesian..pida, cepat2 sembuh r..ada jugak kawan kami makan maggi malam2...haahahahaha~
aku ni jenis yang tidur di lantai..paling syiok!tapi..lantai hostel ni sejuk mau mapus..akibatnya reput tulang belakangku ba..

ada yang nda dapat jumpa link blog ku ni and siap cakap lagi aku dengan kawan2 ni anjing betina... yala
anonymously...kaulah ba manusia sempurna..hebat...tiada sebarang cacat..hina jaklah kami ni..  A VERY BIG CLAP TO YOU...BARI GALI kan aku ni..??at least nda pengecut macam kau..menyerang pun di formspring... agak2la ba kan...apa2 lah..bulan ramadhan pun dah nak dekat...daripada aku layan kau, bagus aku layan Allah swt..banyak faedah lagi...okay...terima kasih atas segala hinaan anda...

Sunday, August 1, 2010

telah tiada

salam blog,
malam ni aku mendapat khabar berita tentang kematian arwah cikguku..takziah ke atasnya dan semoga Allah mencucuri Rahmat ke atasnya..sesungguhnya arwah adalah insan yang paling kaya dengan senyuman dan kepada sesiapa yang memandangnya pasti akan berlembut hati...inilah keistimewaan arwah walaupun aku tidak berapa mengenalinya dengan lebih lama..

dengan perkhabaran ini jugalah..hatiku terus tertutup untuk menyambut makna cinta sehingga datangnya kemanisan itu sendiri...jika direnungkan kembali, aku bersyukur kepada Allah kerna insan yang amat aku sayang masih hidup dan berbahagia dengan kehidupannya... sebab itulah aku pasrah melepaskannya kepada orang lain.. dia berhak mendapat yang lebih baik dan aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang..semoga Allah merahmati segala perjalanannya yang berlandaskan jihad dan melindungi dari godaan syaitan..

 tanganku masih bergerak menari menekan2 segala punat komputer melakar segala coretan manis dan pahit.. Alhamdulillah, aku tersedar bahawa aku masih hidup untuk menyambut hidayah dan mencari erti taubat... hidup tak selalunya indah...aku masih teringat bagaimana keadaanku ketika mengharungi detik2 perpisahan yang meluluhkan hatiku...sukar untuk terlena dan asyik memikirkannya...Allah itu Maha Besar...Dia pasti akan berlaku adil...aku hanya berpisah dengan kekasihku..kerana dia memerlukan seseorang untuk keperluannya..dan insan itu bukannya aku... manakala aku bersendiri tanpa disedari aku punya Allah... disebabkan itulah aku masih teguh seperti sebelum kita bertemu..semua itu kenangan, yang menjadikan aku seperti sekarang..meskipun kita tidak bersama..namun untuk terus menyintaimu...aku lakukan dalam kesenyapan hati....