Tuesday, December 7, 2010

AWAL MUHARAM

salam bloggers,
hari ini awal muharam..tahun penghijrahan bagi umat islam...aku rindu ngan mak bapa aku..walaupun jarak rumah dan uitm ni ndaklah jauh sangat..boleh sampai dengan lagi...tapi aku tetap rindu dorang... Dalamnya rindu and sayangku ngan dorang hanya Tuhan jak yang tahu..tapi aku perlu penghijrahan agar aku tidaklah sentiasa melekat di ketiak dorang...boleh jugak aku berdikari...di uitm ni, sepanjang latihan jambori ni.. aku banyak berfikir pasal apa yang aku telah buat dan pencapaian yang aku dapat...masih sikit..masih mentah.. hhmmm....banyak yang aku prlu buat untuk melakukan perubahan dalam diriku...and terus terang aku masih belum puas dengan apa yang aku buat....macam keretaku, mula2 biasa jak...lepas tu...bolehlah...cantik jugaklah sikit..hehehehhe..aku ndak boleh cakap pasal keretaku ni..nanti ndak pandai habis2 ni...

Tahun hijrah kali ni apa kata kita semua buat perubahan dalam diri masing..hari-hari kita mesti memerlukan perubahan..tapi kalau mahu guna tarikh awal muharam untuk melakukan perubahan dalam diri kita...amat digalakkan...berubah menjadi positif..berubah menjadi idealistik..berubah menjadi sesorang yang diterima dalam satu komuniti...

ndak payah cari cerita orang lainlah..ambik jak kisah ku..nanti kalau aku cakap pasal orang lain, ndak silap2 aku dikencangkan ndak tentu pasal... dulu aku seorang yang kurang keyakinan diri...kurang melontarkan idea...kurang bertenaga...satu jak yang aku lebih..aku terlebih makan...hahahaahaha...ndak bah..main2 jak..  tapi once masuk uitm, aku try build semua tu dalam diri aku..gunakanlah peribahasa Seperti Padi, makin Tinggi makin Tunduk ke bumi...Tunjukkan kerendahan diri dalam ketegasan untuk membolehkan kita hidup dalam satu komuniti...jika ada perasaan bongkak, tidak mustahil kita dipinggirkan... jangan biarkan diri kita dipijak, jangan pula biarkan diri kita disisihkan...manusia ni tidak pernah berlaku adil... aku sendiri kurang berlaku adil dalam diriku sendiri..tapi bila balik ke pangkal jalan atas nama Allah, InsyaAllah semua tu berbaloi dipraktikkan...tym bukak sem yang lepas,aku kena hentam oleh kawan baik sendiri.. tapi pada masa tulah aku bermuhasabah diri sebab jika benda negatif dilawan dengan negatif..tiada penyelesaian... jika inginkan perubahan, nilai diri sendiri..bukan buat perbandingan...satu lagi yang aku belajar, MENGALAH UNTUK SATU MASALAH BUKAN BERMAKSUD KITA LEMAH, TAPI KITA BIJAK DALAM SEGALA HAL...

No comments:

Post a Comment