Monday, December 27, 2010

EXECUTIVE EDITION 3747

salam bloggers,,
okay..oleh sebab tiada permintaan untuk meneruskan cerita jamboree..aku mau cerita sikit pasal keretaku ni... okay...aku, kalau pasal kereta..lagi2 kalau myviku...memang aku cerewet mau mampuss...kebersihan, kecemerlangan, kekilatan dan segala macam tentang keretaku..pokoknya, anda mesti berprotokol dalam hal ini...

myviku cumalah kereta biasa yang ada enjin, tayar, cermin dan gear...tapi yang membuatkannya istimewa padaku apabila kereta tersebut adalah kereta idaman pemberian daripada bapaku..kereta yang membuatkan aku tidak dapat tidur siang dan malam...yang membuatkan aku nangis bila kereta tu kena tanduk lembu..yang membuatkan aku ketawa bila kereta tu meluncur laju di jalan raya....kalau diikutkan, kereta tu adalah jantung hatiku...seperti peminat kereta yang lain, semestinya kebersihan amat penting...kalau kereta tu mahal macam mana sekali pun, tapi kalau kotor....bagus buang kilang besi...

aku ni pantang betul kalau aku sudah bagi pinjam kereta elok2, dikasi balik dalam keadaan kotor... lepas tu tergarit sana sini..ataupun dalam bahasa malaysia tercalar badan kereta tersebut...macam tiada etika menjaga kereta...apa ndak, aku tatang dengan minyak yang penuh, sekali dipulangkan kereta balik..dibuat macam anak tiri..contohnya abang dan adikku yang kerap dan rajin meminjam keretaku sehinggalah buku 1001 alasan tu aku hadiahkan dengan dorang...bukan apa, setiap kali aku bagi pinjam, kalau bukan seat kereta kena cat, kotor, lampu rosak, cermin tercalar, bumper tercalar...and macam2 lagi...kalau minyak aku ndak kisah sangat...berderau bah darahku tengok....mentang2 aku ikut latihan jambori and LIBK.... keretaku pun disalah guna...

PROTOKOL KETIKA MENAIKI EXECUTIVE EDITION 3747
1. tolong hentak kaki 4 satu dua sebelum masuk kereta..untuk menghilangkan habuk daripada melekat naik dalam kereta...

2. jangan memandai buka tingkap kereta...bukan pa, tingkap keretaku tu sot sikit..bila kau sudah kasi turun automatik, kau terpaksa kasi naik manual...dalam erti kata lain...rosak..lepas tu, bila kau sudah bukak tingkap kereta, habuk masuk dan melekat dalam kereta...dan automatik menjadikan kereta itu berhabuk...

3. jangan angkat kaki tym aku memandu...aku memang ndak suka...aku mengklasifikasikannya sebagai kurang sopan dan tiada etika...kalau kamu buat dengan kereta orang lain, lantaklah..aku ndak peduli.. yang penting jangan dalam keretaku...

4. jangan memandai2 kacau cermin pandang belakangku..aku ni bukannya tinggi sangat kau mau ubah pandangan belakang untuk tengok gincu kau sengetka, baju kau merengka dan macam2 lagi...

5. tolong jangan buang sampah dalam keretaku...kotorrrrr!!!kamu simpanlah sampah tu sampai ke destinasi dan carilah tong sampah...ataupun simpan dalam satu tempat, kumpul and buang..jangan buang sampah merata-rata tempat dalam keretaku....bukan pa, kalau kereta kotor...ndak bagus and ndak senang hatiku mau memandu...

6. sebelum kamu buat semua tu..ada satu benda yang wajib kamu buat sebelum masuk keretaku.....untuk menggalakkan kamu mati dalam iman...bacalah BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM... manatau kan umur ndak panjang...untuk yang bukan muslim,, bacalah yang sewajarnya...


aku bukan apa, setiap benda yang kita sayang...kita mesti jaga baik2...apabila benda or orang tu aku cakap aku sayang, aku akan jaga dengan sebaik yang mungkin sebab aku ndak mau menyesal bila aku kehilangan benda/orang tersebut....aku akan pastikan benda/orang tu sentiasa dalam keadaan terjaga... orang akan salah anggap dengan aku, mengatakan aku pelik dan macam lagi..tapi dalam hatiku...aku yakin dan pasti... aku sudah membuat yang terbaik untuk menjaga benda/orang yang amat aku sayang...dan untuk yang sekian kalinya dan pasti, bila aku cakap aku sayangkan orang tu....aku betul2 maksudkannya..mengatakan sayang adalah sesuatu yang sukar bagiku melainkan sayang itu lahir dari dalam lubuk hatiku...aku sentiasa memberikan yang terbaik untuk insan dan benda yang aku sayang...

dan bila aku mengatakan bahawa aku benci seseorang itu..itu adalah perasaan marah yang datang dari bisikan syaitan agar aku menyebutnya....dan yang pastinya perkataan BENCI hanya bertahan selama beberapa saat sehingga hilang dengan ungkapan ASTAGHFIRULLAHULAZIM....kenapa harus membenci bila benda tu tidak mendatangkan faedah????


Executive Edition 3747 

No comments:

Post a Comment