Sunday, December 26, 2010

JAMBOREE KEDAH episoDD TIGAAAAAAAAA~~

salam bloggerss,,,
nampaknya ada permintaan untuk sambung cerita jamboree ni..ok..sabar..sabar.. sebenarnya bukan aku ndak mau tulis panjang2..cuma aku ingat2 lupa...ok.kita sambung...

tarikhnya ni aku ndak berapa ingat...tapi aku cerita jakla r..kamu pandai2 la membayangkannya.. selepas prolog tu, rempuh halangan...aku ndak pasti samada hari yang sama dengan pertandingan prolog or keesokan harinya.. jadi para komander yang menyertai pertandingan rempuh halangan pun bersiap sedia... kom syafiQ, kom Yus, kom sahri sebagai simpanan...stok2 untuk hari yang penting...kom aziz, kom sazali, kom azan, kom morrisho, kom ardy, kom andy, kom azroy, kom midah, kom naima and kom aisyah adalah peserta komander untuk pertandingan rempuh halangan...kalau tengok dari nama rempuh halangan...nampak and dengar macam senang, macam rileekkk jak..tapi pada hakikatnya....pening+cramp+++ lagi kau mau rempuh tu halangan...kesemua halangan ada 14...setiap halangan diperuntukkan sebanyak 0.5 saat sahaja untuk melaluinya.. kalau aku ndak silap laaa...jadi, giliran untuk pasukan komander uitm sabah adalah nombor 13...jadi ada masa lagi untuk merehatkan diri..tapi cikgu steve ndak galakkan para peserta untuk tidur...nanti badan lemas...dan aku setuju.. kami sudah buat eksperimen dan terbukti benar...

tym acara rempuh halangan, semua komander sabah memberi perhatian yang penuh dengan gerak geri dan taktik dari pasukan lain..jadi banyak yang boleh diperbaiki..tapi..setahu akula..komander uitm sabah ni mantap bah tym rempuh halangan.. selepas dua pasukan merempuh halangan..tiba-tiba, dengan kuasa Allah yang maha besar, hujan pun turun dengan lebatnya...tunggu punya tunggu..hujan ndak redaaa... jadi, pihak urusetia pertandingan membuat keputusan untuk menundakan pertandingan..

setelah kompom tarikh ditunda..kami pun balik bilik masing2..tapi ada perjumpaan balik dengan encik steve pada jam5 petang...aku dengan sebahagian komander yang lain melencong ke gedung rezeki ataupun lebih sinonim dengan panggilan dewan makan untuk melangsaikan hutang yang agak banyak juga@ kelaparan... lauk dalam dewan makan tu punyalah nampak menyelerakan.. aku pun cedok 3 lauk, ayam, fishball and sayur.. walaupun aku kurang makan sayur, aku pun gagah berani kan untuk mengambil sayur... dan airnya macam biasalah..air limau yang tiada gula dan panas 100%..mau jaga suaralah katakan...aku pun makan dengan penuh keghairahan sampai aku ndak sedar bahawa aku tergigit lada yang kompom memblisterkan lidah kepada sesiapa yang mengigitnyaaa....pedasssssssssssssssssssssss gilaakkk!! sudahlah aku minum air limau yang PANAS, tambah lagi aku gigit lada yang PEDASSS!! kompom suaraku jadi macam suara sopranooo...syukurlah ada kawan yang menghulurkan air sejuk...dalam mulutku tu, ndakla aku tahu apa sudah jadi... PANAS+PEDAS+SEJUK=???? kalau kamu tahu...selepas jak makan tu, dengan segala bangganya aku mengumumkan..akibat makanan tersebut, tekak aku bengkak dan agak koyak sedikit.... dan ada unsur saspen lagi sikit...besoknya pertandingan kawad kaki...yaaa...disitulah aku mula mendiamkan diri untuk mengelakkan daripada banyak bercakap..disamping itu, aku merajinkan diri makan asam dan minum ubat batuk...

kalau mau tahu apa kesannya and apa jadi dengan suara aku...tunggu sambungannya kay..hehehehhe.. untuk tidak membuatkan kamu kempunan..aku sertakanlah gambar perserta komander yang tengah bersiap and bersemangat untuk acara rempuh halangan tapi kena tunda...

yang ni hujan lebat sudah.. tuan jaabar suruh berteduh dalam satu payung besar.. manatau acara rempuh halangan diteruskan...dalam gambar ni macam semua tengok kom noey... aku sndiri pn ndak taulah...




disamping menunggu tu..bergambar jugaklah.. untuk hilangkan rasa nervous dan menaikkan semangat dan segala macam benda yang patut naik..!! senyum..senyum..SNAP!!










setelah bosan menunggu, dan mendapat kepastian acara ditunda..tanpa membuang masa lagi... komander uitm sabah memulakan aktiviti buang tabiat....










inilah yang aku maksudkan..angkat payung tuuu..jalan dan teruskan jalan menyeberang longkang.. samada komander sabah ni sensitif hujan aku pun ndak tau..tapi aku tym ni sudah berlari berkejaran untuk ke kolej malinjah berteduh..dan mereka ini dengan bangganya meneruskan aktiviti tersebut...

No comments:

Post a Comment