Monday, August 23, 2010

Salam Ramadhan kembali

hhhmmm...Alhamdulillah..jika difikirkan kembali..rupa-rupanya apa yang berlaku antara aku dengan yang lain selama ni banyak hikmahnya..yang pertama aku belajar untuk bermuhasabah diri..aku kembali merenung segala kesilapanku dan kelakuanku...manusia mana yang tidak melakukan kesilapan..dan atas kesilapan itu juga aku dikenali sebagai manusia...memang lumrah..dan aku menyesali segala kesilapanku...itu adalah kesilapanku..tapi bukan semua manusia adalah silap 100% kan...dan bukan semua kesalahan yang aku lakukan diletakkan atas bahuku semata2...dan dari kesilapan itu, Allah membuka mataku tentang siapa yang patut ku dekati dan ku letakkan dalam hidupku untuk bergelar kawan dan siapa yang patut aku jauhi..itu adalah hikmah yang paling terbesar dalam hidupku...dan pada saat ini, cukuplah ada beberapa kawan yang sememangnya dari dulu hingga kini ku angkat sebagai kawan yang sememangnya jika kehilangan mereka, aku kehilangan separuh daripada hidupku...

Allah membuka mataku agar di masa akan datang, aku akan lebih berpada2 dalam mengeratkan silaturrahim...munkin salahku kerana terlalu menyayangi dan mempercayai mereka, dan mungkin salahku kerana memanjakan mereka...sehingga untuk menerjah dan memaki pun aku tidak sanggup kerana rasa kasihku yang mendalam untuk mereka..tapi saat aku susah, disanalah aku lihat betapa hebatnya tembelang mereka...hancur luluh hatiku..sehingga untuk menatap wajah mereka pun aku tidak sanggup kerana perasaan sebak yang terlalu kuat dalam hatiku..aku gagahkan diri setiap hari untuk melepaskan diri daripada bayang-bayang mereka...hanya Allah yang tahu perasaan hatiku.. jika selama ini kesalahan yang aku lakukan seteruk manusia bertopengkan syaitan..layaklah aku menerima segala hinaan..tapi...aku terlalu berdiam diri untuk mengelakkan perkara menjadi lebih teruk...namun, ibarat manusia yang tidak mengenang budi...segala apa yang aku lakukan selama ni ibarat tin kosong bagi mereka.. bukan aku ingin mengungkit, tapi aku juga manusia biasa...walaupun aku seorang komander, tapi hatiku bukannya hati batu...keras..aku juga ada hati dan perasaan...Alhamdulillah...Allah mengurniakan aku sahabat sejati yang sentiasa ada disisiku sepanjang aku susah dan senang..yang sentiasa menerima aku seadanya.. ternyata aku begitu menyayanginya sehinggakan untuk kehilangannya sahabat sejati untuk kali kedua aku sudah tidak sanggup..inilah hidup...walaupun kejam, tetap ada penawarnya..yaaaa....tapi, bukan mudah untuk menjatuhkan aku...mereka silap jika aku ni manusia yang cepat jatuh jika dijentik...SILAP... dan aku bukanlah jenis yang tunjukkan kelemahanku dengan orang lain..

sesungguhnya aku minta maaf jika selama kita pernah bergelar kawan, aku pernah dan telah menyakiti hati korang...tapi, aku akan tetap berdiam walaupun kamu menyakiti hatiku dan perasaanku sebab KAMU PERNAH MENJADI KAWANKU...

kini, segala perasaan hormat dan kasih sayangku telah hilang.. aku pinta kepada Allah untuk memberikan aku ketenangan, dan Alhamdulillah..aku mendapat ketenangan itu setelah aku bukan lagi kawan kamu..itulah nikmat dan hikmah terbesar yang aku dapat...dan aku amat bersyukur...aku takkan membalas segala makian yang pernah kamu lontarkan kepadaku...kerna itu adalah tindakan atas kebodohan kamu sendiri...dan aku juga tidak akan berdendam...cukuplah aku tahu bahawa kamu bukanlah kawan yang sesuai untukku..kerana aku tidak layak untuk bergelar kawan kepada anak seorang jutawan atau hartawan...aku tidak perlukan seribu kawan jika semuanya menyakitkan hati,,cukup seorang yang boleh membimbing dan faham segala deritaku...sekali lagi, maafkan segala perbuatan yang pernah aku lakukan dan berbahagialah dengan kawan yang kaya dengan pujian...sehinggalah kau tenggelam dengan kealpaan, jangan lagi dicari tebing yang jadi cengkaman...

kepada insan yang PERNAH KU PANGGIL KAWAN
jika aku ditanya sama ada kawan atau kereta...
aku akan pilih keretaku...kenapa?
jika aku meluah kepada kawanku, pasti rahsiaku bocor...
jika aku meluah kepada keretaku, hanya senyap dan mendengar luahanku tanpa keluhan..
jika aku marah kepada kawanku, pasti mereka akan mengherdik dan mencaciku...
jika aku marah kepada keretaku, hanya senyap dan terus berjalan di atas jalan raya..
jika aku sakit dan memberitahu kawanku..pasti aku tidak akan dilayan dan dimaki...
jika aku sakit, keretaku akan memberi ketenangan kepadaku dengan memainkan lagu yang menenangkan..
jika aku bersedih, kawanku lari..
jika aku bersedih, keretaku akan meluncur laju round satu bandar kk tanpa jemu sehinggalah kesedihan ku hilang...
jika aku sudah tiada...kawanku akan mentertawakan aku dan siap menyumpahiku mati cepat...
jika aku sudah tiada..keretaku pun mungkin sudah tiada..kerna saatku gembira, sedih, dan marah aku hanya luangkan dengan keretaku dan aku pasrah jika ajalku bersama dengan keretaku.... bergembiralah kepada 'kawanku'......

2 comments:

  1. huhu sandi juga manusia ni arh seng???tapi bikin sedih pula tau pantun kau tu haha...... klu ad masa singgah2 la blog aku baru buat..... :)
    -ekram

    ReplyDelete
  2. Ekram ba ni pulak..mmg sandi abislaaa manusia tuu..mcam2 ragam kan dunia skang...haha~baa nti aku jd follower ko k..

    ReplyDelete